Tips Mengatasi Lupa

 

Hari nih fresh sikit, cuaca pun ok, sedap je mata memandang sekeliling. Hari nih nak jalan-jalan ke blog kawan-kawan dah beberapa hari jadi silent reader, nak berehat sikit. Kali nih nak share tips-tips mengatasi lupa plak. Belakangan nih masalah lupa nih kerap sangat terjadi, cepat lupa agak kronik jugak nih. Sekejap-sekejap lupa, walhal barang tuh baru je kita pegang, rasa macam nak gantung semua benda kat leher supaya senang nak cari tak payah dah penat-penat cari balik, maybe sebab ia remeh atau kita yang sengaja tak ambil peduli tak tau la.

Kalau yang penting tuh confirm simpan baik-baik, kalau hilang sasau jadinya. Selalunya penyakit lupa nih biasa dialami oleh orang tua, tapi kalau muda dah lupa chance untuk nyanyuk tuh tinggi la kot nanti. Bahaya jugak kalau dibiarkan nih.

Jom kita tengok tips mudah atasi penyakit lupa nih. Ini merupakan nasihat untuk diri sendiri jugak nih.

1) Buat catatan atau notis.
Buat catatan nih penting jugak nih, kita catat apa-apa yang penting dalam nota kecil. Ala kalau dulu selalu catat nota masa belajar takkan sekarang tak boleh. Selalu buat bila hendak beli barang atau aktiviti harian supaya tak terbabas bila bershopping dan tak kerugian masa bila buat kerja. Boleh juga buat catatan di Hp masing-masing.

2) Berikan komitmen pada kerja.

Yang nih lagi penting, KOMITMEN. Dalam organisasi ke apa ke yang buat mesti ini yang diutamakan. So dahulukan apa yang patut didahulukan. Berikan komitmen pada perkara tersebut.

3) Banyakkan rehat dan jaga tidur.
Hmm,,yang ini maybe salah satu masalah saya kot. Nama je berehat tengok tv dan bersantai depan rumah tapi tangan tak pernahnya berhenti, sibuk buat kerja. Walaupun tidur tuh konsisten tapi bila kurang rehat tak guna jugak kan. Bila kita rehat nanti senang nak mengingat.

4) Relax dan tidak terlalu banyak berfikir.
Banyak berfikir dah tentu masalah semua orang. Cuma bezanya benda yang dalam fikiran tuh je. Bila kita banyak berfikir pun susah juga, kita mudah lupa sebab fikiran melayang ke tempat lain. Tak tumpu pada satu hal. So bila buat kerja tak sedap dan kadangkala tak jadi macam yang kita harapkan.

5) Letak barang ditempat yang mudah dilihat.
Yang ini pun bagus jugak letak barang ditempat yang senang dilihat. Tapi tak semua barang sesuai dipamerkan ek. Boleh jugak pun jadikan ia “fridge magnet” lekat di pintu peti ais. Confirm takkan lupa sebab nampak di mata.

6) Makan makanan untuk kuatkan ingatan.
Makanan untuk kesihatan otak, kuatkan IQ dan macam-macam yang seumpamanya memang bagus untuk perkembangan otak kita. Makan makanan sunnah juga salah satu daripadanya. Baik untuk ingatan kita. Macam saya selalu amalkan makan kismis 5 biji sehari sekali, sebiji kurma dan jugak homeopati, cuma sekarang dah jarang amalkan. Kena amalkan balik nih.

Tuh je la kot, kalau ada tips-tips kuatkan ingatan yang lain bleh la kongsi ye.

p/s : manusia mudah lupa sebab lupa itu sifat manusia so jangan pernah berhenti mengingatkan sesama manusia.

21 Comments

  1. mak lagenda says:

    mak lah salah seorang manusia yg mempunyai masalah lupa tersebut!! Hui..kdg2 rasa cam kronik je penyakit lupa nih.

  2. LadyBird says:

    eila.. kdg2 lupa ni disebabkan oleh faktor kesihatan jugak.. kalau bdn kite x sihat, bekalan oksigen yg dibekalkan di otak cukup2 je.. mk ingtn kite akn jadi kurang sikit.. maka jaga kesihatan..

  3. akubiomed says:

    Saya bergantung kepada telefon bimbit untuk mengingati dan nota tugasan didalamnya.

  4. kadangkadang kita tak fokus atau ambil sesuatu tuh sambil lewa…so inilah jadiknyer….

  5. puan kutu says:

    sy juga seorang yg pelupa…:)

  6. titan says:

    aku memang ada penyakit lupa nih..haha..

  7. Jobless Girl says:

    Selalu orang cakap lepas bersalin ingatan pun merosot, tips ni bolehlah digunakan..

  8. Rafifi says:

    Salam sis, few weeks back kita org kat office buat meeting mcm mana nak avoid lupa, sbb suka sangat delay work pastu bagi alasan lupa. At the end, saya suggest buat tabung lupa. Sapa yang bagi alasan @ tak buat keje sbb lupa, kena donate RM2 dalam tabung lepas tu catit nama kat board sapa paling banyak lupa. Sampai skrg takde pun org yang masuk duit dlm tabung sbb tamau nama dia terpampang.. Kita org skrg lebih alert n berjaga2. Nice topic sis, have a good weekend :)

  9. sw33tdarling says:

    buat catatan tu mmg sangat berkesan utk saya.. bila mencatat, automatik otak saya akan key in kan data [perkataan] tuu so tak perlu nak remind balik sbb dah ingat…

  10. Mekar says:

    Ada kawan saya dulu, lepas dia bersalin anak pertama terus ada sindrom “lupa” dlm diri dia. Entah la. mungkin ada banyak urat2 tergagnggu semasa proses beranak tu…

  11. hambaAllah says:

    I HATE SOMEBODY THAT ALWAYS FORGET THEIR PROMISES.IHOPE THEY WOULD CHANGE TO BE A BETTER PERSON SOON.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *