Assalamualaikum. Buat apa tuh? Sibuk buat kuih raya ke? Kali nih saya just nak kongsi tip buat kuih raya nih. Biasanya kalau kita buat kuih mesti pilih-pilih kuih yang hendak dibuat kan? Takkan semuanya nak dibuat, memang tak larat badan. Tengok-tengok juga kuih raya yang mendapat sambutan dan permintaan baru kita buat. Selalunya permintaan daripada budak-budak sukar ditolak, tahun nih tak dapat nak penuhkan impian anak-anak pakcik, diorang suka mama carries. Tapi tak dapat nak buat, saya sibuk,. Mama carries memang sedap cuma malas nak mencanai doh dan menekan bentuk, saya rasa agak leceh dan lebih suka buat kuih yang boleh kita bentuk sendiri tanpa guna sebarang acuan lebih senang dan mudah, paling penting cepat siap.
Kali nih saya nak kongsi tips memastikan biskut raya kekal ranggup dan sedap. Bila kita makan biskut tuh rapuh dan ranggup. So nanti kuih kita tuh takde la padat dan keras. Caranya mudah sahaja dengan guna tepung jagung, tepung beras dan juga emplex. Pilih salah satu je untuk digunakan dalam adunan korang semua.
1) Tepung Jagung :
Biasanya saya selalu guna tepung jagung masukkan dalam 1 cawan or 1 1/2 cawan ke dalam adunan biskut raya. Tak kisah kuih apa pun, mama carries ke, sarang semut ke, biskut cornflakes, semperit, kuih tart or etc.
2) Emplex :
Lagi satu emplex, biasanya emplex diletakkan 1 sudu dalam adunan almond london. Yang nih memang best, disukai ramai jugak almond london nih kan.
3)Tepung beras :
Tepung beras pun bleh jugak letakkan 1/2 cawan dalam adunan biskut raya. Cuma tepung beras saya jarang pakai tapi bleh guna, biasanya bila terdesak je guna tepung beras. Apabila takde tepung jagung bolehlah guna tepung beras.
Hasil guna tiga-tiga tepung nih nanti insyaallah, biskut yang kita buat sedap dan ranggup. Ingat, pilih salah satu sahaja ye. Lagi satu, tutup dalam bekas yang kedap udara. Rasanya tuh sahaja yang ingin dikongsi, lain masa kita kongsi resepi plak ye.






Biasa beli je, tapi kueh raya yang sedap memang tak tahan lama sekejap jer dah habis hehe
biasa macam tu la, lagi plak diorang dtg rumah kita mmg cari kuih tu
Tips yg bagus.. Boleh tunjuk dekat mak sy ni.. kikiki
boleh, mak kamu pun rasanya guna tepung mcm atas tu.
nice entri bgus2…
kt rumah pun mmng guna tpung jagung…
Adab & Perkara penting semasa melakukan persetubuhan…
http://www.mamat.my/2012/03/adab-adab-berjima-menurut-islam.html
biasanya macam tu la
ko jual kuih raya kerr??
a’a, memang jual kuih raya tiap-tiap thn
abg punya kakak beniaga kuih ni heeee gila ar byk oder tu
mesti dia busy sangat, penat pun bleh tahan.. sakit belakang..
Ada yang mengatakan jenama tepung juga mainkan peranan.
biasanya mcm tu la, ada kaitan jgk tuh.
ye kot, sbb tepung ada moisture content lain2.. so, kadar serapan air lain2 jugak kot.. agaknya la…
ntah la, tp memang tu yg selalu digunakan
ilmu baru ni eila.. tq yer..
your welcome..
tips bagus ni.. nnti2 leh cuba kot.. yeah.