Belakangan nih saya tengok ramai yang mencari pelbagai tips temuduga kerja kerajaan kan? Especially untuk jawatan sokongan seperti pembantu tadbir. Difahamkan interview untuk pembantu tadbir ini sudah bermula dan bilangan calon pun agak ramai iaitu sebanyak 16,000 calon dari seluruh negara. Ianya suatu pengambilan yang agak besar selepas pembekuan pengambilan pada penghujung tahun 2011 dahulu.
Dulu saya pun kena tempiasnya juga. Di sini saya nak kongsikan info yang saya dapat daripada email saya berkenaan skop atau bidang tugas pembantu tadbir sebagai panduan untuk kita menghadapi temuduga bagi jawatan pembantu tadbir ini. Penting untuk kita mengetahui apa tugas yang biasa dilakukan oleh pembantu tadbir.
Biasanya pembantu tadbir bertanggungjawab untuk melakukan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat sokongan termasuk tugas pentadbiran awam, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter, pengumpulan data dan juga pengendalian alat komunikasi.
Dalam aspek perkeranian pula antara tugas dan skop kerja pembantu tadbir ialah :
a) Pentadbiran pejabat.
b) Pengurusan personel.
- perjawatan, pembangunan organisasi dan perancangan sumber manusia
- perkhidmatan, latihan dan kerjaya
- gaji, elaun dan kemudahan
- faedah persaraan
c) Pengurusetiaan.
- bersedia jadi urusetia majlis untuk jabatan etc.
d) Menaip dan menyediakan dokumen rasmi yang diarahkan dalam masa yang ditetapkan.
- menaip dan menyediakan surat atau dokumen yang diperlukan
e) Pengurusan Rekod.
- Merekodkan setiap sesuatu yang diterima oleh jabatan.
- Membuat kemaskini data (termasuk juga inventori)
f) Pengurusan Kewangan.
- Menguruskan hal kewangan
g) Pengurusan Fail.
- Menjaga dan mengemaskini pengurusan fail.
Selain itu korang juga boleh baca sedikit tips temuduga pembantu tadbir di SINI sebagai panduan menghadapi temuduga ini.
p/s : Good Luck untuk semuanya, ok =)






Yang memohon penjawat awam ini ramai.
a’a memang ramai, calon simpanan pun ramai jugak
waktu saya dengan arwah dlu, dia slalu bagi saya tips lebih2 lagi bila hadapi gov interview….
biasalah mesti dia sokong orang yang dia sayang. mesti sama macam yang sedia ada tuh kan.
aku tak pernah minta kerja bahagian nih..best ke keje ni? hehe..
bleh la, kena berurusan dgn org ramai. lelaki mana minat kerja nih, kalau lelaki aku syorkan kerja luar je la.
lelaki tak ramai mohon jawatan ni
kat sekolah ada sorang je
wanita ada tiga orang
a’a, betul tuh, selalunya jawatan nih sinonim dgn perempuan je
Eiela kija as a Pembantu Tadbir ni ker..??
tak. ila pernah jadi kerani insurans dan kerani peguam je mak