Tips Dari Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

 

Kali nih saya nak share tips daripada Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah plak nih. Siapa tak kenal dia nih memang rugi. Rasanya semua kenal kot, dia je tak kenal kita kan? Hehe. Saya nak share cara rawat sakit rohani yang saya dapat masa berjalan-jalan melawat rakan crafter semalam. Biasanya sakit dari segi fizikal senang kita nampak kan? Tapi sakit dari segi rohani nih sukar nak dilihat dengan mata kasar. Sebab apa? Sebab ianya melibatkan spiritual kita. Sakit rohani nih agak berbahaya dan ia boleh menyebabkan akhlak kita rosak.

Sebelum tuh saya nak terangkan mengenai apa itu penyakit rohani? Sedikit pengenalan penyakit rohani yang dikeutarakan oleh Dr. Hamzah Ya’qub dalam bukunya bertajuk ” Tingkat Ketenangan dan Kebahagiaan Mukmin” iaitu :

- sifat buruk dan merosak dalam batin manusia yang menganggu kebahagiaan.
- sikap mental yang buruk, merosak dan merintangi peribadi memperoleh keredhaan Allah.
- Sifat dan sikap dalam hati yang tidak diredhai oleh Allah , sifat dan sikap mental yang cenderung mendorong peribadi melakukan perbuatan buruk dan merosak.

Jom kita tengok plak, CARA RAWAT SAKIT ROHANI nih :

1) Jaga solat 5 waktu.
2) Solat taubat dan istighfar
3) Qada’ solat yang tertinggal
4) Membaca Al-Quran
5) Memohon maaf dan maafkan orang.
6) Cari ilmu yang berterusan dan cari guru yang mursyid
7) Berkawan dengan orang yang positif.
8) Sedekah kepada yang memerlukan.
9) Memberi binatang makan
10) Beri khidmat kepada yang memerlukan bantuan
11) Cuci pinggan, tandas dll..
12) Kekalkan wuduk
13) Puasa sunat.
14) Sentiasa ingat mati
15) Hidupkan sunnah harian.
16) Menyeru kearah kebaikan
17) Menunaikan haji dan umrah

*18) tips tambah sendiri… sentiasa muhasabah diri hari-hari

Sumber :
Mutiara Hati
Chummycraft

Semoga rohani kita sentiasa sihat hendaknya. =)

16 Comments

  1. Niena says:

    penyakit rohani,, penyakit yg paling bahaya

  2. fiezaradzi says:

    tima kasih atas perkongsian.. harap2 sama2lah kita mencarinya..

    hati yang bersih…

  3. ubati sebelum parah. penyakit rohani punca segala keburukkan

  4. tips dari dato mmg sangat bagus untuk diikuti..
    moga kita sama2 pelihara HATI.. DAN ROhani..

  5. akubiomed says:

    Boleh dijadikan panduan. Banyak juga petua yang diberikan.

  6. Andy says:

    Simple tips tapi berguna

  7. syamila says:

    skrg ni byk sgt penyakit kan….tambah2 penyakit rohani…

    sama2 la muhasabag diri masing2

  8. titan says:

    tips yang selalu orang cakap tetapi kita selalu tak buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *