Sayur Campur Pembuka Selera

 

Alhamdulillah, hari nih cuaca cerah je sedap mata memandang. Disebabkan hari nih rasa ceria je so kali nih saya nak kongsikan resepi sayur campur hidangan tengahari kitorang tadi. Memang happy memasaknya. Saya memang suka sayur campur nih, walaupun isinya tak la semewah mana, takde udang, ayam semua tapi sedap. Berselera makan tadi. Buatnya pun mudah. Yang ini saya buat sikit je untuk sekali makan sahaja, sebab bahan-bahannya saya “curi” sikit-sikit je daripada bahan nak buat bihun tomyam malam nanti. So alang-alang nak makan kita curi sikit buat sayur campur. Buat ringkas-ringkas je. Jom kita tengok resepinya.

Resepi Sayur Campur Mudah.

Sedikit kubis bunga
Sedikit brokoli
Beberapa keping cendawan tiram (dikoyak dua)
1/2 paket putik jagung
2 batang fishcake
Sedikit fishball ( dibelah 3)
Carrot ( potong panjang)
1/2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
8 ulas lada api
Sedikit garam
1/2 cawan air
Minyak (untuk menumis)

Cara Membuat :

1) Tumbuk lada dengan sedikit garam sampai lumat. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih tadi. Tumbuk sekejap.
2) Kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau.
3) Lepas tu masukkan semua bahan sayur campur nih dalam kuali kacau rata. Bagi ia sekata.
4) Kemudian masukkan air dan kacau sekejap dan biarkan sayur tuh masak.
5) Bila dah masak, bolehlah dihidang atas meja.

p/s : kualiti gambar tak cantik, guna hp je.

25 Comments

  1. akubiomed says:

    Saya kalau makan sayur campur akan ketepikan ikan bilis. :-)

  2. tehr says:

    sayur
    aku memang suka sayur
    tak ada ikan atau ayam pun tak apa
    asal saja ada sayur
    hehe

  3. cik tom says:

    sayur cmpr mmg best tp xsuka fishcake n fishball…

  4. titan says:

    hehe..rajin memasak ye..

  5. suri says:

    suka juga main campur2 ni nak makan pun berselera ;)

  6. Kak Jie says:

    kalau tengah panas2 ni sedap…dok ratah
    alih2 tinggal separuh sebelum time makan nasi

  7. Myra Jay says:

    Myra suka Sayur Campur, kalau p market ke mana nampak sayur terus terpikir nak buat sayur campur ;)

  8. fiezaradzi says:

    biasa tambah sos tomato sikit, bagi rasa, sbb anak2 kecik lagi, nak bagi makan pedas2.. sos tomato tak pedas sgt.. ok lah

  9. Oh! budu says:

    nampak macam sedap je.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *