Resepi Homemade Air Soya

Hai, Assalamualaikum.. Penatnya hari nih, letih sangat rasanya, rasa mengigil lutut nih. Huhu. Nih berehat sekejap, sebabnya hari nih kami buat gotong royong adik beradik dan tolong mak buat lemang sempena menyambut kedatangan Ramadhan dua hari lagi. Setiap orang ada tugas masing-masing, mesin rumput, menyapu, lap tingkap, membersih rumah. So untuk membasahkan tekak saya buatkan diorang homemade air soya nih. Bila sebut air soya biasanya saya suka soya panas, tapi yang lain suka soya sejuk. So untuk diorang cuma tambah ais sahaja. Saya memang suka minum air soya, dan sukakan homemade berbanding beli di kedai. Agak cerewet sedikit bab beli air soya nih, kalau nak beli nak jenama yoes sahaja, kalau yang lain saya tak minum.

Sebab tuh saya lebih selesa buat sendiri lagi terjamin, kita pun tak ragu nak meminumnya. Meh saya tunjukkan cara buat air soya sedap nih. Jom tengok resepi air soya kegemaran saya kat bawah nih.

Resepi Air Soya Sedap.

250 g kacang soya
10 senduk kecil gula pasir
2 helai daun pandan (disimpul)
Air secukupnya (utk blender)

Cara Membuat :

1) Kacang soya direndam selama 4-5 jam, biarkannya kembang.

2) Kemudian selepas kembang ditoskan dan masukkan kacang soya sedikit demi sedikit ke dalam blender dengan sedikit air. Lepas tuh blender kacang soya tadi sampai lumat.

3) Lepas tuh kacang soya yang diblender tadi diperah menggunakan penapis teh jenis kain, bukannya jenis berlubang-lubang tuh. Tujuannya supaya hampas kacang soya tuh tidak termasuk sekali dalam air soya yang diperah tadi. So nanti kita tak tersedak meminumnya.

4) Kemudian bila dah habis blender kacang soya tadi, ulang semula proses “memblender” blender hampas kacang soya tuh buat 3-4x sampai warna air perahan kacang soya agak cair. Bila dah hampir cair tak perlu blender lagi.

5) Kemudian masukkan air soya yang siap diperah ke dalam periuk yang besar supaya senang dia nak meruap. Masukkan daun pandan ke dalam periuk tadi.

6) Masakkan air soya tadi atas api yang sederhana dan masukkan 10 senduk kecil gula pasir. Kemanisan ikut tekak masing-masing ye. Kacau sentiasa air soya tuh sampai mendidih. Bila dah mendidih boleh ditutup api dan dihidang untuk keluarga.

p/s : hampas kacang soya jangan terus dibuang, boleh dilumurkan pada kulit. Bagus untuk kesihatan kulit kita.

p/s : kuantiti kacang soya bleh dikurangkan, untuk resepi atas tuh bleh dapat 2 jug besar air soya.

22 Comments

  1. izan ishak says:

    kak izan pun suka minum soya homemamde.. tapi dah lama tak buat sejak2 penapis teh tu dah belubang. nak beli yg lain asyik lupa je… hehe..

  2. Mak lagenda says:

    Air soya buatan sendiri mmg lbh sedap dr yg dbeli..kalo mak buat,mak suka buar pekat2..

    Kali kalo malas,mmg beli berkotak2 stok air kotak

  3. bulan puasa pekena air soya dapnyee kan :D tetambah homemade punya

  4. aisynasiha says:

    bestnya air soya ni..dulu selalu gak saya n mak buat sendiri air soya ni, dh kawin ni tak pernah lagi buat, makin malas….hehe

  5. akubiomed says:

    Puaskan buat air kacang soya sendiri? :-)

  6. deen says:

    terbaek..
    air soya dgn bulan ramdhan yg mulia xdapat dipisahkan lagi…
    slurpppp

  7. tehr says:

    ramai yang ambil peluang bisnes air soya bulan ramadhan ni
    rm1 dah cukup untuk seorang buat berbuka

  8. titan says:

    buatkan. boleh kan??

  9. IntaNBerliaN says:

    dulu akak selalu buat sendiri kalu nak minum :-)

  10. chii says:

    slalu beli je…nak buat sndiri…wat masa ni belum ada seru lg..ehehe..anyway..thanks utk resepi nya..mana tau bulan puasa ni ter rajin ke kan :p

  11. sharinginfoz says:

    memang sedap air soya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *