Resepi Almond London Pilihan Saya

Assalamualaikum.. Apa khabar semuanya pengunjung yang datang dan pergi? Hope sihat-sihat sahaja ye hendaknya. Saya macam biasa sihat jugak cuma agak penat sikit dan sakit belakang, busy gila buat kuih raya. Beberapa hari nih marathon buat kuih sebab dah nak akhir-akhir nih ramai plak yang menambah-nambah kuih raya. Tempahan paling laris kuih ros. Nak ditolak tak sampai hati sebab yang menempah orang tua.Serba salah dibuatnya so terima aja la buat setakat mana yang terdaya.

Actually dah tak terima dah tempahan, nak buat kuih untuk rumah sendiri plak dan nak berehat. Kuih raya untuk rumah sendiri pun tak siap lagi nih. Huhu takkan mau beli kot. mana aci macam tuh kan? Nak juga makan air tangan sendiri. Lupakan sahaja, kali nih saya nak kongsi resepi almond london plak. Jom kita tengok resepi almond london yang sedap nih. Actually resepi nih saya ambil dari Kak Hanieliza. Resepi nih memang sedap dan biskutnya ranggup. Rasanya nih resepi almond london paling mudah dan sedap. Saya memang buat almond london guna resepi nih. Tahun nih cadangnya buat juga kuih almond london nih tapi lain variasi, buat almond london versi almond ball. Kita buat bulat-bulat sahaja tak buat bujur pun. Huhu. Jom kita tengok resepinya.

Resepi Almond London

250 g mentega
1 cawan gula
1 biji telur
1 sudu esen vanila
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu emplek
Kacang badam secukupnya (dipanggang/ disangai) – goreng tanpa minyak
Badam cincang secukupnya – untuk hiasan

Coklat : (style nizamadey)

700 g coklat (nak sedap guna coklat jenama Beryl)
1/2 sudu shortening
1 sudu susu

Cara Membuat :

1) Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
2) Masukkan telur dan esen vanila.
3) Kemudian masukkan tepung dan uli supaya menjadi doh yang lembut.
4) Lepas tuh ambil badam dan bentukkan ia menjadi bujur.
5) Bakar pada suhu 180 sehingga masak.
6) Biarkan ia sejuk kemudian baru celup dengan coklat

untuk buat coklat:

1) Cairkan coklat dengan cara double boiled.
2) Masukkan susu dan shortening tadi dan kacau rata. Kemudian boleh dicelop dengan biskut dan taburkan badam cincang diatasnya sebagai hiasan.

6 Comments

  1. missSenget says:

    bulat2 lagi best..sebijik masuk mulut terus..

    kalau lonjong2 ni, kene 2x gigit…

    ke selalu org sekali gigit je..? haha..

  2. suri says:

    kak ipar ada jual ni tiap2 tahu buat hee sy jer tak rajin mmbeli sb bukan ada org nk dtg umh sy pun hu…

  3. akubiomed says:

    Suka biskut Almond London ini tetapi tidak boleh makan banyak-banyak sebab batuk. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *