Penantian itu suatu penyeksaan kan? Tapi walau apa pun ia tetap sampai ke penghujungnya. Hehe, Setelah 4 hari, akhirnya penantian itu kian berakhir. Jeruk mangga yang diletakkan dalam balang kecil di atas akhirnya masak dan boleh dinikmati dengan sebaik-baiknya. Berbuka tadi makan nasi berulamkan jeruk mangga. Memang berselera.. Aromanya,,tak bleh cakap.. Menggoda kalbu. Tapi saya makan sekeping je la, nanti makan banyak lain plak jadinya, jadilah kan sekeping daripada tak makan langsung. =) Takmo cakap banyak, meh nak share resepi jeruk mangga nih. Resepi jeruk mangga yang simple dan mudah je nih, takde letak cuka pun yang penting sedap..
Resepi jeruk mangga.
Mangga muda (dipotong dan dibersihkan)
7 senduk kecil gula
1 Jug Air
Cara Membuat :
1) Cairkan gula dengan air dalam periuk. Selepas dia cair, biarkan dia sejuk sekejap.
2) Kemudian air gula tuh dimasukkan ke dalam bekas or balang yang korang ingini.
3) Lepas tuh masukkan plak mangga yang sudah dipotong tadi ke dalam bekas tersebut.
4) Tutup bekas tuh dan biarkan ia selama beberapa hari sampai dia masak.
5) Selepas beberapa hari, nikmatilah ia dengan penuh berselera.
p/s : air dan gula tuh agak-agak, mengikut kesesuaian bekas yang korang guna.







Waaah, bestnye…
Tp sy suke jeruk pedas
jeruk pedas? tak pernah dengar pun. camne plak rupanya tuh.
Rupenye camni:
http://2.bp.blogspot.com/_Am-zVz0nRgg/SuvJzwidOwI/AAAAAAAAAF0/hdYxu-e4iwU/s400/DSCN5162.JPG
erk
sedapnye
teringin
boleh try tuh. senang je, resepi dah ada. gula dan air je, dah siap.
sedap2 terliur lak di hari posa nih hekhek
nanti bleh buat ek.. hihi
secara jujur, saya peminat setia jeruk! yeah hihi. saya suka benda2 masam ni, layan je
oo yeke, jarang jumpa orang lelaki peminat setia jeruk. huhu