Lamanya mendiamkan diri nih, asyik-asyik tayang gulai sardin je naik muak plak tengoknya. Sekarang seminggu berapa kali je update, yang pastinya satu demi satu je keluarnya. Kali nih saya nak kongsi pasal cara memulakan persahabatan. Timbul masa tengok aksi dua orang budak perempuan kecik kat pejabat pos semalam. Dua-dua dibawa oleh ibu diorang. Sweet je diorang memulakan perkenalan. Awak nak kawan dengan kita tak? Huhu. Comel je tengok diorang. Terdapat pelbagai cara manusia memulakan persahabatan kan? Macam-macam gaya ada. Saya senarai ikut peringkat umur sahaja. Jom kita tengok satu per satu.
1) Zaman kanak-kanak.
Selalunya bila zaman kanak-kanak nih ia lebih sweet sikit, nampak sopan je. Tak kira la budak-budak lelaki ke perempuan. Lebih ceria dan lebih berhemah. Mula-mula nampak orang tuh buat apa-apa dah dekat-dekat je. Lepas tuh mula lah barang berganti tangan dan memulakan sesi perkenalan. Tak mustahil akan keluar perkataan awak nak kawan dengan kita tak? Kot ‘green light’ senyum je dah bleh berlari-lari bermain. Jarang budak-budak tak nak berkawan sebab diorang mudah mesra.
2) Zaman remaja.
Zaman remaja dah mula nakal-nakal dan ala gangster sikit. Cara memulakan perkenalan pun dah berbeza sikit. Bagi yang lelaki memulakan perkenalan diorang agak direct je. Main sound-sound je ada respond terus bleh masuk kumpulan tuh. Perempuan pun sama, senang je memulakan persahabatan asalkan jumpa dengan rakan sekepala dengannya.
3) Zaman Dewasa.
Bila dah zaman dewasa ia agak tertib sikit sebab kita dah agak matang dari segi pergaulan dan juga tatatertib. Kalau tak di’cop’ kurang ajar plak, tak reti adab bermasyarakat tetiba je menyampuk cakap orang. Bila memulakan perkenalan dah semestinya dimulai dengan perkataan salam diawal perkenalan dan sesi berjabat tangan sesama individu. Biasanya diorang lebih senang untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
p/s : dah lalui semuanya..






w/pun dh dewasa..kdg2 sy segan nak memulakan persahabatan bila berdepan..tu yg kdg2 org ckp sombong..huhu
pelik, selalunya org laki je kata sombong, buat tak tau je kalau perempuan biasa je bleh ngam.
Kanak-kanaklah paling mudah mula persahabatan berbanding orang dewasa. Saya pun ada segan hendak menegur orang yang tidak kenali buat kali pertama.
untuk orang yang kita tak kenal buat kali pertama kadang-kadang memang ada masalah sikit nak memulakan.
biasa nak tegur, senyum dulu.. lau dibalas senyuman tu, baru lah tanya lain2.. salam tak lupa..
saya pun segan gak, nak2 taman tempat saya duduk lebih ramai pangkat2 makcik ni.. tak pe lah, layan jer..
samalah kita.. sini pun lbh ramai orang-orang lebih tua. tapi diorang ok je,, layan je..
Senyum je bila nak mula perkenalan
Cara paling mudah dan selamat
a’a kalau dia balas ok la tu..
sebenarnya rakan pertama yang kita dapat dalam hidup adalah,sepupu kita sendiri..
a’a betul tu