Sesi Rawatan 2012 – Takut Cucuk

Senyap je dua hari nih merehatkan diri, tak berjalan pun, menyediakan diri untuk sesi rawatan di Hospital Ampuan Najihah di sini semalam. Sesi rawatan pertama saya untuk tahun 2012. Actually bulan 1 nih agak sesak sikit sebab ada 3 rawatan pakar di tiga tempat yang berbeza. So far kesihatan ok dan positif. Berat pun bertambah sekilo, huhu jadi la daripada tak naik langsung. Semalam pun amik xray dua kali sebab xray pertama tak jelas dan darah 3 kali. Huhu

Tension je semalam, dah ambil kali kedua diorang kata darah terlalu pekat plak maybe oksigen kurang, bila check memang agak rendah, maybe agak letih berulang alik ke bilik xray jarak bilik xray dan unit patologi agak jauh. Rehat kejap ambil oksigen sampai dah ok, kemudian ambil semula darah. Menurut doktor bacaan oksigen dalam darah bagi manusia normal ialah 95% ke atas, tapi saya antara 80-85% sahaja dalam keadaan rehat sebab tuh perlukan bantuan oksigen walaupun dalam keadaan rehat. Bila aktif bacaan lagi kurang. Masa menunggu giliran ambil darah, ada budak lelaki muda lagi baru sekolah menengah tanya soalan, sakit tak cucuk? Sebab dia takut kena cucuk, dan dia last kena cucuk masa sekolah rendah dulu.

Actually dia ada tiroid dan kali pertama terima rawatan. Actually tak tau nak bagitau macam mana, sebab macam-macam tempat diorang bleh ambil darah kita, dan semua tuh saya dah rasa. Tapi saya just bagitau yang biasa orang ambil kat siku tuh je. Saya just bagitau bahawa cucuk tuh tak sakit pun, macam kena gigit kerengga je. Hehe. Tapi memang betul tak sakit pun cucuk, cuma sakit sikit je masa nak masukkan jarum, bila dah dapat ok je.. Yang paling susah ialah bila kita terlalu takut nak ambil darah tuh.

Jujur awalnya dulu saya pun takut nak ambil darah sebab banyak kali kena cucuk.. Takut tengok jarum tuh panjang sangat. Masa ambil darah kebetulan kami sama bilik, duduk sebelah menyebelah ambil darah. Huhu kesian tengok adik tuh cuak sangat mukanya. Dah pesan siap-siap kalau takut jangan tengok jarum. Maybe sebab terlalu takut darah dia tak nak keluar sampai gerimis pun turun. Saya yang duduk sebelah dia pun sekali cuak dan agak terganggu dengar esakan dia. Saya pun try mengawal perasaan jugak sebab 3x cucuk dah, dua-dua tangan lagi kena. Orang duduk sebelah pun boleh pengaruhi kita jugak kan? =)

p/s : Tak best tengok bola malam nih sebab pemain import yang jaringkan gol.

12 Comments

  1. titan says:

    ko sakit apa sebenarnya nih??

  2. akubiomed says:

    Bacaan manusia normal yang sehat biasanya boleh dapat 99% kalau guna alat monitor kandungan oksigen dikenali Pulse Oximeter. Bacaan 85% adalah sangat rendah biasanya untuk mendapatkan bacaan tepat adalah melalui pengambilan darah dan di analisa mengunakan peralatan makmal dinamakan Blood Gas Analyzer.

    Hari menderma darah masih lagi ada perasaan semacam apabila jarum dicucuk pada lengan walaupun sudah 13 kali menderma darah. :-)

    • eiela says:

      terima kasih akubiomed sebab berkongsi. bleh jugak saya tau sikit info nih. saya pun tak tau sgt namanya tau oximeter je. Paling rendah bacaan saya ialah 62% especially bila demam.

      a’a saya dah banyak kali kena cucuk pun tetap ada sikit rasa takut tuh.

  3. tehr says:

    aku pun takut gak kena cucuk jarum
    tapi kalau tercucuk, tak kisah je

  4. suri says:

    hati kne berani heee, baru cucuk jarum klu masuk bilih bedah camner gakmaknya heeeee

  5. mak lagenda says:

    Mak pun fobia dgn jarum..!! Klu tau nak kena cucuk/amik darah ke, awal2 lg dah x lelap tido..ati pun x senang!!

  6. Mekar says:

    Selalu pegi farmasi buat test gula dan kolestrol. Cucuk dia rasa semut jer. tapi xtau la cucuk yg mcm dicerita di ats ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *