Yeah, dah lama tak menjawab tag kan, last tahun lepas rasanya. Kali nih saya nak jawab tag daripada Kak Mekar nih. Dah seminggu tak berbuat, sekarang baru buat. Jom kita tengok apa yang dikehendaki oleh tag nih. Takde talian hayat boleh digunakan. Huhu. Jom kita tengok apa yang dimahukan.
1) Perkara yang boleh menceriakan hidup anda.
Ceria bila tengok orang lain happy.
2) Tajuk dan sinopsis novel/buku yang kali terakhir anda baca.
Baru habis baca buku Beautiful Quilling kerjasama empat orang International quiller. Sebuah buku mengenai seni quilling atau seni menggulung kertas yang popular di Eropah sejak lama dulu.
3) Nama bunga yang digunakan untuk membuat nasi kerabu supaya berwarna biru.
Bunga telang. Pernah tanya mak kawan masa pergi Kelantan dulu. Mak dia tukang masak.
4) Hal yang memalukan pernah terjadi dalam hidup anda.
Terpanggil kawan sendiri abg masa baru pindah sekolah, last-last tengok satu kelas. Dem, sape suruh tinggi sangat.
5) Keistimewaan pasangan hidup anda ( kalau belum kawin, special friend pun boleh)
Seorang yang penyabar.
6) Pandangan tentang filem/drama ala seram yang banyak ditayangkan sekarang.
Filem seram sekarang nih menakutkan dan kelakar jugak tak thriller macam filem emily tuh. Tak thriller pun bila part seram hantu keluar, saya tutup mata jugak. Hehe
7) Rancangan TV yang anda rasakan memberi manfaat kepada penonton? Kenapa?
Forum Perdana Ehwal Islam sebab kat sini jemputannya bagus-bagus terutama Ustazah Bahiyyah. Sebab banyak isu yang dikupas, kaya dengan pengisian dan banyak penekanan, dikaitkan dengan masyarakat kita dan macam-macam lagi.
8) Perkara paling mewah yang pernah anda lalui.
Rasanya takde kot, cuma apa yang nak insyaallah mesti dapat.
9) Prinsip hidup.
Prinsip yang simple je sejak sekolah rendah lagi nih iaitu ” Go Ahead & Be Yourself”
10) Tempat makan best (ditempat anda) yang dicadangkan patut dicuba.
Hmm,,kat sini jarang makan luar, selalu buat je. Cuma kalau tersesat kat sini boleh try ke Restoran Warisan di perkampungan budaya Terachi.
11) Impian hidup anda.
Nak jadi bos. Huhu
Selesailah sudah sesi menjawab tag daripada Kak Mekar nih.. Hmm..saya pun ada jugak soalan nih, saja buat untuk suka-suka. Soalan-soalannya ialah..
1) Anda orang mana?
2) Ingat tak lagu negeri sendiri?
3) Apakah makanan kegemaran korang?
4) Warna kesukaan korang apa? Dan berikan sebab kenapa suka warna tuh?
5) Kenangan yang korang tak boleh lupa sampai kini?
6) Korang rasa korang bertuah tak? Berikan sebabnya?
7) Apakah cita-cita korang masa budak-budak dulu?
8) Nama guru sekolah rendah yang korang tak pernah lupa sampai sekarang? Kenapa tak lupa?
9) Sekiranya diberi peluang untuk melancong, negara mana korang nak pergi?
10) Jika diberi 2 pilihan, antara kesihatan dan wang ringgit, yang mana satu akan dipilih? Kenapa?
Itu sahaja soalannya, cukuplah 10 kurang satu je kan. =P
Orang-orang yang bertuah yang kena menjawab tag nih ialah Puan Bee, Mak, Kotak Bulat, Kak Sya, Hans, Padin, Titan, Tia, Yana, dan Zqah. Hehe. Selamat menjawab semua.. Have fun. =)






hi..singgah sini..slm perkenalan..
hi.. Thanks singgah ye. Salam kenal juga.
waaaaaaaaaa…byknyer soklan periksa…hmm….nanti kak sya usaha utk menjawabnya….dh simpan dlm draft ni..takut terlupa…
huhu soalan exam ek, saja je nih kak.
Hui…mak kena tag la plak yeh? Huhuhu..niway, mekasih ye eiela kerana mentag mak
a’a, mak kena tag nih. hehe, suka-suka je mak.
ko memang saje kan. kan? Grrr…
ala, bukan selalu. sesekali hilangkan stress apa salahnya.
semoga tercapai impian utk menjadi bos..
Insyaallah, tunggu ruang dan peluang je. Hajat nak kembangkan warisan ibu.
nasib baik saya xda, hehehe
hehe nasib takde kan.
nasib juga tak daftar paper ni
hehe
selamat menjawab semua
tuh la tak masuk dalam silibus kan.
Oohh rupanya minat orang tinggi macam KLCC. ha..haa..
uiks, kesitu plak perginya..
terima kasih sbb tag sy .. nanti ada masa sy buat yea
sama.. ok. saya tak kisah pun, suka-suka shj sebenarnya.
Salam eiela.
Sory lewat singgah. terima kasih krn sudi mjawab tag sya.
Mmmm, sya ni suka jalan2 cari makan. Restoran warisan ni kat mana?
wsalam..
sama-sama. restoran warisan tu kat negeri sembilan, kat perkampungan budaya Terachi, depan simpang ke istana seri menanti.