Semakin Sihat Semakin Happy


Cerah je hari nih kan, tadi mendung tapi tak jadi nak hujan. Kali nih nak share perkembangan kesihatan plak hasil checkup hari jumaat lepas. So far so good. Yang bagusnya hari tu tak payah masuk wad sebab semuanya ok, kalau tak ok memang terus masuk wad. Kesihatan semakin baik dan kesihatan jantung semakin positif. Selama 2 bulan lebih nih jantung ok tak selaju dulu, cuma paru-paru je yang belum memuaskan lagi, still macam tu jugak. Still going on oksigen 16 hours per day dan bacaan still average 80-85% sahaja. Darah jugak ok takde yang kurang walaupun 6 kali cucuk jugak la, 3 di kiri dan 3 di kanan.

Yang happynya berat semakin bertambah sebanyak 3 kilo semuanya hasil ikut peraturan kevin zahri. Huhu memang tak sangka dan takut nak naik atas penimbang tuh. Ada few week more to go untuk lengkapkan 10 minggu, tak tau tercapai atau tidak. Mudah-mudahan tercapai la 5kg dalam 10 minggu. Yang penting tambah kalori bukannya bakar kalori. Corak senaman dan pemakanan pun dah bertukar, main badminton cukup 1 round je dah penat terus berhenti. Banyak jugak faktor yang memungkinkan semuanya berlaku. Apa-apa pun janji semakin sihat, dan buat orang happy. =)

12 Comments

  1. LadyBird says:

    alhamdulillah.. smg terus bertambah sihat :)

  2. sud@is says:

    semoga cepat semboh ya eala

  3. akubiomed says:

    Berita baik dengan perkembangan kesihatan yang semakin positif.

  4. Myra Jay says:

    Semoga berjaya ye :)

    MJ lak nak kena turunkan berat badan, tapi still tak berjaya :)

  5. bardboo says:

    boleh saya tahu sakit apa ye? semoga bertambah sihat, insyaAllah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *