![]() |
| http://bardboo.com |
Hai, Assalamualaikum.. Hari nih dapat relax-relax sikit sebab tak niaga pun hari nih. Biasanya memang niaga hari-hari bulan Ramadhan nih tapi hari nih stop sekejap lagipun dah ada yang menempah untuk kuantiti yang agak banyak dari pihak catering sebelah rumah nih. Kalau buat jugak memang pengsan la dibuatnya dah la dari pagi buat kuih raya rehat 1-2 jam start untuk juadah berbuka plak. Syukur jugak rezeki hanya dari rumah sahaja, tak la bosan sangat dibuatnya. Niaga pun sampai minggu depan je, habis sekotak lagi tepung pulut nih, habis la. Nak buat persiapan untuk rumah sendiri dan kena berehat jugak sebab seminggu selepas raya ada checkup di KL, kena kuat semangat sikit nih. Huhu. Just nak kongsi ragam bila buat kuih sahaja tak kira la kuih raya atau juadah berbuka puasa. Antara juadah berbuka yang kami jual ialah badak berendam, kuih buah melaka, puteri mandi, popia goreng, nugget, tahu sumbat dan kuih bijan.
Kuih favourite penduduk sini semestinya kuih badak berendam, memang hari-hari wajib ada. Lagi satu kuih bijan, yang nih pantang letak je habis. Mereka nih suka makanan yang manis-manis cuma saya kadang-kadang suka hadkan rasa manis tuh takmo manis sangat tak baik untuk kesihatan tekankan sikit perkataan tu so takde la terlebih sangat manisnya bila rasa terlebih manis saya kurangkan sikit tanpa pengetahuan mak, huhu jahatnya,, tapi untuk kesihatan kesihatan mak juga, mak ada kencing manis tapi still terkawal lagi. Bila membuat kuih memang riuh la kat dapur 2 beranak, masing-masing ada tugas sendiri. Yang syoknya bila buat puteri mandi, memang pecah perut rasanya nak ketawa tapi tahan je. Jenuh menahan hanya senyum dalam hati je la. Sebab? Saya dok perhatikan bila buat bentuk bulat tuh mak makin lama bentuknya makin besar, cepat siapnya.
Saya plak makin lama makin kecik, makin bertambah banyak jadinya. Nampak sangat dah letih dan malas, memang bila dah letih tuh macam-macam ragam ada. Lepas tu bila buat kuih ros, menguji kesabaran juga tuh. Especially bila buat untuk kali ke 3 or 4, awal-awal buat ok je cantik, tapi bila dah ke 3 or 4 bungkus dah mula meragam, dah mula herot jadinya, dah tak cantik. Sakit mata dibuatnya. Selalunya ia berlaku apabila kandungan putih telur dalam telur ayam yang digunakan tuh terlebih. So tepi-tepi kuih jadi mengelembung, dah tak cantik jadi mengerutu. Bila yang nih berlaku memang membebel la saya dibuatnya, hilang mood tapi terus buat sampai siap, sayang..
Actually kuih ros memang warisan kami sekeluarga dari dulu lagi ambil kuih nih, lagi satu bahulu tradisional. Tapi tahun nih saya hanya ambil tempahan untuk kuih ros, cornflake madu dan sarang semut sahaja. Nak tambah almond london tapi cukup la, tak larat nak buat sorang-sorang. Lagi satu lagi kuih raya yang saya surrender nak buat iaitu kuih rotan berbijan tuh. Kalau untuk rumah sendiri bleh la buat tapi untuk tempahan tak dapek den nak nolong eh doh. Ada yang menempah tapi terpaksa di tolak. Saya surrender awal-awal. Memang jenuh nak buat bulat-bulat tuh, kalau si kakcik menolong siap cakap lagi yang dia stress membuat kuih rotan tuh memang awal-awal dia buat muka or buat-buat sibuk dengan kerja sekolah. Huhu. Korang plak macam mana ye? Jom la share pengalaman buat kuih kat sini.






Pengalaman buah kuih membantu buat kuih siput dan popia mini. Makan lebih banyak daripada simpan didalam bekas.
biasanya macam tu lah, lagi plak kalau ada budak2 kat rumah memang cepat habisnya
setuju..kuih rotan-rotan ni..memang sakit jiwa gak nak buat. haha..aku layan kuih siput dan wat kek aje tahun ni. tak larat nak buat lebih-lebih..
kuih siput pun skt jiwa jgk nak buat tuh,,kek yo sonang.
akak x buat kuih.. huhuhuhu.. beli jerk..
takpe, beli pun ok
kalau dulu merasa buat kuih,tolong kak2 ni..skg nak buat dorang jauh kat sana..sy kat sini sibuk bekerja je la gamaknya.rindunya..
biasa la, nanti dah kahwin bleh tlg isteri plak ye.
dah berapa lama tak buat kuih raya nie…sejak masuk asrama hehehe..:) skrg org tua pun tak buat dah..main tunjuk jer
ok jgk tuh main tunjuk je, ada jugak kuihnya drpd takde
hehehe senang sekarang hihhi..:)
takat ni curik kuih dr kg jer hee thun leps ada bt satu heee
siap curi dr kampung tu hehehehe..:)
biasa tuh..
selalunya macam tu la ambil dr kampung je.
senang sgt hehehe..:)
thn ni akak x buat kuih ry langsung.. huhuhuhuhu
busy ekh
nk kuih pos sini blh jeee.sesekli rasa air tagn anak dara syok gak
ooo,, huhu pos ye. maybe bleh buat sesuatu dgn cadangan tuh.