Merentas desa bukanlah suatu aktiviti yang baru diadakan di mana-mana sekolah kan? Di sekolah rendah pun dah ada aktiviti merentas desa nih. Saya dulu memang tak pernah merasa merentas desa bersama kawan-kawan. Walaupun tak pernah join tapi tau juga la treknya sebab tiap kali merentas desa saya dok jaga check point. Bermula dari sekolah dan timbul di Bukit Intan dan kembali ke sekolah dulu. Macam-macam ragam dilihat. Huhu. Tapi saya bukan nak cerita kisah saya tapi kisah adik bongsu si kakcik merentas desa. Minggu nih dah dua kali sekolah dia buat latihan merentas desa. Agak pelik sekolah dia buat aktiviti merentas desa di waktu pertengahan tahun macam sekarang.
Saya ingatkan dia “SELAMAT” dan sekolah dia memang tak buat dah kejohanan merentas desa nih, sebab biasanya aktiviti ini dilakukan awal-awal tahun dalam bulan dua atau tiga sekali dengan aktiviti kejohanan sukan sekolah. Ingat lagi masa saya tanya dia dulu, punyalah bangga dia bersilang kaki menjawab “tak payah merentas desa”. Tapi bila tengok keadaan dia sekarang kesianlah jugak, dok bengkak-bengkak kaki walaupun trek dia tak la sejauh dan mencabar sangat rasanya jika dibanding dengan mereka-mereka yang bersekolah di area kuala pilah. Bagi yang senior rasanya takde apa kot, biasanya diorang lebih kepada untuk bersuka-suka je merentas desa bukan untuk merebut gelaran juara pun. Hmm..korang plak macam mana ye dulu? Meh la share pengalaman korang plak.






penat handle budak masa rentas desa dulu. hehe..
yeke, kesiannya.. takpe la bleh rehat-rehat
memang ada yang suka dan tak suka acara ni sebab memenatkan
biasanya lebih ramai yang berjalan je
hehe
a’a, memang pun ramai yang berjalan, relax je diorang dah sampai sekolah baru pecut walhal pemenang dah ada.
dulu lah akk merentas desa dalam hutam getah , sampai ke sungai baru jumpa sekolah ..apa lagi memang banyak singgah lah ..
singgah beli air ke kak. hehe
Pernah masa sekolah dulu merentas desa ni..
masa tingkatan awal rajin2 le lari.. dah besar jalan je malas.
huhu jawapan yang jujur. biasanya macam tu la kan, dah senior katanya
rindu dgn merentas desa nih..
kat kampung dulu mmg sesuai dipanggil rentas desa.. tp kat bandar kena tukar, merentas bangunan.. hahaha
a’a la, mana ada jumpa belukar sangat kan, bangunan je isinya
hehee memang acara tiap tahun rasanya merentas desa ni, betul jugak tu, join bukan nak menang pon… penat weh, ekekee lebih kepada bersiar2 dan amik kesempatan kenal junior yg jaga checkpoint ekekekee
a’a memang acara tiap tahun, sorak tak payah lari pun ada agaknya kan.
Teringat zaman sekolah dahulu akan mengambil Glucose dan sapu minyak kuda. Kononnya hendak bagi power tetapi sekarang jalan sudah pancit.
wah bersemangat dulu nih, biasa la kita makin lama makin berumur kan, mustahil nak secergas dulu.
ciktom selalu ponteng merentas desa.. hehe ;p
ooo,,kena tangkap nih.