Nasi Kerabu Lauk Ayam Atau Ikan?

 

Siapa yang tak suka nasi kerabu ye? Saya dulu tak suka sebab ada budu, lepas tu terpengaruh dengan kawan-kawan masa blaja. Mula-mula tuh tak reti nak makan sebab kena gaul semua, macam nasi kandar tuh pelik-pelik je. Ha termanggu time nak makan, lambat-lambat je makan. Paling best kalau buat pedas dan banyak sayurnya, lagi sedap. Suka bau bunga kantan tuh, wangi. Biasanya makan nasi kerabu nih ada lauk kan?

Terpulang kepada kita nak lauk ikan, ayam, daging, kari, nak solok lada atau apa-apa pun ikut selera. Tapi saya suka yang biasa tuh je ada telur masin dan ikan goreng sahaja. Minta lebih sayur sikit. Tuh dah cukup sedap rasanya. Tapi dalam gambar tuh lauk ayam sebab adik beli ikut kepala dia je, terlupa nak pesan lauk ikan. Sebabnya saya tak berapa makan ayam, suka ikan dengan daging je. Kalau korang plak macam mana ye? Lauk apa yang menjadi pilihan korang?

25 Comments

  1. kak ayu suka ikannn..
    hahhahaha..
    nampaknya rasa nasi kerabu kamu tu nampak sedap…..

    mauuu

  2. akubiomed says:

    Saya kalau makan nasi Kerabu berlauk ayam kerana tidak makan ikan. :-)

  3. tehr says:

    Lauk ikan percik atau daging bakar
    Fuh, best sangat

  4. Norasikin says:

    Syoknya nasi kerabu. Esok pasar mlm kat sini, blh la bli. Saya suka daging salai dan sokok lada je. Sayur mesti lebih banyak dari nasi. Tp budu tu buat badan gatal2 la

  5. titan says:

    akku boleh makan dua-dua. takde hal punya. hehe..

  6. cik tom says:

    ciktom xsuka nasi kerabu…hee

  7. kak ina kl says:

    sedap memang sedap..akak pun suka gak..nak minta tolong vote blog akak melalui fb boleh tak? ada 2 kategori..ni linknya http://mitbca.com/category.php?id=3

  8. Juan says:

    xtau kenapa nasi kerabu ni x leh masuk tekak saya, nasi dagang ok ja

  9. suri says:

    salam..
    saya pernah mencubanya..tapi mmg tak reti mkn sb rasa dia lain heee..tapi suka mencuba

  10. Ibu Mifzal Arsyad says:

    wah..mmg favorite ni..suka sgt nasi kerabu..makanan kegemaran dr kecik..al-maklum lah org pantai timur gak..hehe..suka lauk ikan rebus celup tepung..pastu kena ada keropok br lagi best..

  11. ProfHariz says:

    Nasi kerabu lebih sedap dengan Ikan :)

  12. padin says:

    emm selera aku makan nasik kerabu time bukak puasa je, time biasa macam ni tak terasa plak nak makan nasik kerabu,

    lauk pilihan — telur masin & daging bakar, :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *