Hati-hati Dengan Penipuan SMS

Zaman dah maju, maka penipuan pun bermacam-macam cara. Maklumlah semuanya di hujung jari orang kata. Tekan je dah dapat. Teknologi pun dah canggih. Melalui internet, melalui handphone, email macam-macam lagi lah. Tapi saya nak tekankan pasal penipuan SMS nih, sebenarnya perkara nih dah beberapa kali di’mention’ oleh beberapa orang rakan blogger. Tapi tak kira nak ‘mention’ jugak nih, berkongsi pengalaman… Masa membaca entri pasal penipuan mak dan abah nih kesian jugak kat individu-individu yang di tipu. Mana taknya yang tengah bekerja, tetiba ambil ‘emergency leave’ untuk settlekan masalah nih, yang lagi haru terus topupkan credit untuk mak abah nih. Tak pasal-pasal je melayang duit kepada insan yang tak bertanggungjawab. Untung dapat topup free.

Insan yang menyamar sebagai anggota keluarga sendiri yang digelar sebagai mak, abah or ayah. Kalau kita dapat message daripada mereka nih, dah tentulah kita gelabah kan? Yelah orang tersayang ditimpa kesusahan siapa yang tak susah hati. Nih jugak berlaku kat saya tadi nih, ha tak sangka plak akan dapat jugak macam kawan-kawan yang lain. Message daripada mak mengatakan dia berada di balai polis dan meminta topup sebanyak RM30. Ade gesaan kat situ, siapa yang tak risau kan? Bukti kat atas tuh ye. Tapi kalau korang nak tau, masa saya dapat message nih saya ngah dok bersembang dengan mak kat dapur. Macam mana plak mak bleh berada di balai polis padahal betul-betul depan mata nih. Reaksi saya,,dok senyum je la,,, Bila disampaikan kat mak, nak tau ape reaksi mak saya?? Dia dok gelak dan suruh bagitau bukan setakat RM30 tapi RM100 pun bleh,,tunggu… Hehe.. Tapi malas la, tak kuasa membazirkan credit walau satu sen untuk penipu macam tuh. Rasanya kalau saya balas macam tuh, bersemangat gila kot orang tuh menunggu kan??

Lepas daripada tuh saya terus mengingatkan adik dan kawan-kawan takut diorang terkena, rupa-rupanya dah ada antara kawan-kawan rapat saya dah terkena pun, terbang RM30..free je.. Melompat-lompat la orang tuh agaknya. So, kepada korang yang membaca nih hati-hati dengan penipuan SMS nih ye, kalau ada message macam nih masuk dalam handphone korang fikir banyak-banyak dapatkan sumber daripada individu yang dipercayai, sebab bila terjadi kat orang-orang yang kita sayang memang tak dapat fakir ape dah, sebab tuh ade yang ambil kesempatan terhadap kelemahan manusia. Macam tuh jugak kalau dapat message or email yang merapu menang itu ini janganlah dok percaya kang tak pasal-pasal merana. Beringat sebelum kena, ok.

16 Comments

  1. fiezaradzi says:

    mmg byk kes la pasal ni skg.. org macam2 cara guna utk enipu ni.. penah dapat, tapi dari pihak yg konon2nya dari satu internet provider, soh byar bil ke akaun die.. pelik tul.. tapi buat derk jer..

  2. eiela says:

    tuh la, macam-macam di hantar kan. saya risau betul kalau ada dalam kalangan keluarga nih percaya, tapi apa-apa pun diorang akan bagitau saya dulu sblm buat apa-apa.

  3. cik helena says:

    perghhh saya baru dpt sms ne!tapi dia ngaku ayah!padahal ayah saya lumpuh~

  4. eiela says:

    haha ayah,,saya plak mak. hati-hati je lah…

  5. Omu Rice says:

    Omu pun perasaan la..ade orang mintak share topup kat tepon mak ayah Omu…mentang2 la mak ayah Omu buta IT dan pakai no Celcom..tapi maaflah mak ayah Omu pakai postpaid…hahaha..padan muka..xmalu share topup..

  6. hamzah ian says:

    biasa orang kampung dan tua2 yang kena tipu sms ni

  7. SM Banjamin says:

    betul… nasihat saya, kalau ada dapat sms mcm ni, terus call mak dan abah kite… dapatkan kepastian… hati-hati… kepada penipu tu, memang diorang kurang asam!

    p/s: resam di Gerila Penulisan Kreatif… menziarah serta singgah di entry yang dipautkan… dah follow blog saya?

  8. eiela says:

    Omu ~> hehe kena jaga-jaga tuh Omu. Check slalu hp diorang.

    Hamzah ian ~> kebiasaannya,,tapi member saya dok bandar pun kena.

    SM Banjamin ~> betul tuh, call terus je diorang. dah follow dan tahniah sbb ade penambahbaikan..

  9. rossoneri says:

    tu lah kawan kita pun kena…semoga orang tu insaf

  10. SM Banjamin says:

    tq.. eiela…

  11. eiela says:

    rossoneri ~> penipu nih licik,,hati-hati je lah.

    SM Banjamin ~> ur welcome

  12. Cik Su says:

    aduih..kes berat guna nama mak ayah nie..kesian nyer la yang dah terkena tu..thanks for info

  13. eiela says:

    tuh la pandai diorang guna nama mak ayah untuk umpan orang lain.

  14. Siti says:

    isy3 macam tu pun ada ek? kalau saya ada orang hantar macam tu, saya pelik sebab mak ayah saya tak penah hantar mesej kat saya. call je..dan mereka pun tak guna prepaid..maka nampak sangatlah menipu di situ..huhu

  15. eiela says:

    haha kalau tetiba dapat sms daripada diorang mesti pelik kan. memang dasar penipu diorang nih licik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *