Hai,,sempat menjengguk blog kejap nih. Sambil relax-relax kita ambil peluang berblogging sekali. Kali nih saya nak share pasal gayat plak. Ada sesiapa yang gayat ke kat sini ye? Saya salah seorang daripadanya especially bila berada di tempat tinggi, bila memandang ke bawah, alangkah kerdilnya rasa diri. Saya bukan nak cerita pasal gayat di tempat tinggi, tapi pasal gayat naik lif. Korang gayat ke naik lif? Saya dulu masa sekolah rendah gayat jugak lah naik lif, macam-macam dalam fikiran nih takut tersangkut ke lif nih. Orang naik lif saya leka dok menaiki tangga sampai tingkat tiga masa tu pergi PD.
Tapi itu masa budak-budak, sekarang dah tak gayat dah. Antara lif dan tangga, lebih suka memilih lif. Kalau pandang tangga, saya suruh orang lain jalan dulu. Huhu. Alkisahnya tadi masa pergi ke LHDN uruskan urusan arwah ayah, saya terserempak dengan dua orang pakcik nih. Kebetulan tujuan kitorang sama, so ajaklah naik lif sekali. Sambil-sambil menunggu saya perhatikan mulut pakcik tuh dok terkumat-kamit je, tapi buat tak tau je lah. Macam tu jugak lah perbuatan dia semasa dalam lif tapi dok senyum je la tengok, dalam hati dah terfikir dah. Agaknya dia takut kot..
Bila dah sampai tuh dengarlah dia menghembus nafas kuat, maybe nafas lega kot sebab dah sampai. Rupa-rupanya betul la jangkaan saya, dia beritahu dia takut naik lif. Patutlah masa diajak naik lif, dia teragak-agak sikit naik sama. Hm,,biasalah kan orang tua, maybe dia tak biasa. Tapi takpelah naik tangga pun ok juga, bagus untuk kesihatan. =)
p/s : tak tau la dia turun naik lif atau tangga, tapi saya guna tangga. naik je guna lif.






dni skang suka naik lif.. sebab dah sarat 7bulan lbih hehe
kalau cm dni takpe, tinggi2 naik la lif, bahaya utk kandungan kalau sorang2. kalau dua tingkat je bleh naik tangga kot, nanti senang nak bersalin.
aku suka naik lif pasal senang nak jaga anak2 hehe
budak-budak lagi jenuh menjaganya kalau naik tangga, kita baru tingkat dua dia dah sampai atas dulu.
hoho..aku sampai sesat dulu masa kecik dulu. haha..
hehe last-last sampai juga rasanya
hihihi..anak dara mak si meisya tu gayat naik lif!! Klu naik lif, bukan main kuat dia pegang bapak dia..
tp elok benor la dia pegang bapak dia..sbb, bapak dia pun jenis gayat jugak! Kah kah kah..
yeke, budak-budak biasa la, saya dulu pun macam tu jugak.
ma saya gayat naik eskalator…hehehe
tak biasa kot tuh, kain pun kena jaga2 kot tersedut bahaya
saya gayat dok dlm bilik terkurung. erk? gayat ke tu? :O
hehe tak kena gaya ayatnya tuh,
erk. tak kena gaya ka. takpa asalkn sya bergaya dh la. haha
orang yang gayat naik lift naik kapal terbang gayat x?
ntah, saya pun tak pernah naik kapal terbang, rasanya gayat jugak kot mula2
Anak-anak kalau naik lif mata akan jadi bulat.
ada ke kata macam tu. huhu tapi elok la naik tangga bagus untuk kesihatan diorang
Tak pernah gayat. best lg adalah ekekeke
nih sesuai la naik roller coster kot nih.
Gayat naik lif KL Tower je., hahahah
huhu laju ek
Kesian pakcik tu kan..
Takpe pakcik, alah bisa tegal biasa
a’ah alah bisa tegal biasa.
k.izan pun lebih rela naik lif skrg. dgn keadaan yg tak larat nak berjalan…aduhaiii… cepatlah bby keluar…
cumanya teringat kisah sorang makcik yg takut nak naik eskalator kat mall… siap 2-3 kali try nak naik… last2 tak jadi dan dia balik terus rasanya.
yeke, biasalah dia takut tuh. hari tuh pun ada bdk Form 3 naik eskalaor berani, nak turun tak berani, menangis2 dia. segan pun ada bila ramai memandang.
time blaja kt mlk dulu..mmg agk pening la naik turun lif..tp xde la sampai gayat..gheheh
oo time study jarang naik lif, naik tangga je.