Dokumentari 3D Pembentukan Baby

Assalamualaikum.. Lamanya saya tak update last hari sabtu lepas kalau tak silap. Agak busy sedikit. Mulai hari nih bleh relax sikit sebab tinggal beberapa hari je untuk berniaga maybe hari ahad hari last sebelum merehatkan diri. Nak kata berehat tak jugak cuma agak kurang la sibuknya, bleh bersenang lenang buat kuih raya plak. Kali nih saya just nak kongsi tentang dokumentari 3D korea yang saya tengok awal pagi tadi di saluran 391 Astro. Sebaik sahaja habis buat cornflakes madu pukul dua pagi tadi saya sempat buka tv berehat sekejap sambil melegakan sakit belakang dan yang bestnya tengok sampai habis.

Dari satu channel ke satu channel saya tekan dan ia terhenti di saluran KBS World yang tengah memaparkan kisah dokumentari 3D. Rancangan dokumentari perubatan, Dokumentari tentang baby dengan tajuk “The Fetus”. Dokumentari 3D yang sangat seronok dan saya rasa kalau ibu-ibu yang mengandung tengok mesti diorang happy. Mesti diorang takkan lepaskan untuk menonton dokumentari baby nih. Sebab dia ceritakan secara menyeluruh dan “real” dari dari mula pembentukan baby bermula dari sel hingga baby lahir. Mereka tunjukkan bagaimana reaksi baby sewaktu ibu sedang berehat, minum jus, tengah ketawa menonton tv dan juga sedang menghadapi tekanan.

Segalanya ditunjukkan secara jelas menerusi scan. Comel je nampak baby dalam tuh. Ada yang kembar dan ada yang single baby. Beberapa prospek dikumpulkan bersama dalam dokumentari nih ada ibu yang baru 4 bulan, 5 bulan, 6 bulan dan ada yang hampir nak bersalin. Saya mula tengok daripada sperma tuh berusaha masuk ke uterus si ibu kemudian menemui tiub fallopio dan the winner bersatu, kemudian keluar untuk menempel di rahim seterusnya membentuk sel dan menjadi baby. Biasanya baby dalam usia kandungan 5 bulan dah bleh bergerak dalam rahim ibu, dalam usia kandungan 6 hingga 7 bulan baby boleh divide suara ayah dan juga ibu, baby mula tumbuh bulu mata dan bulu kening pada usianya 7 bulan.

Yang uniknya baby mempunyai banyak sel otak berbanding manusia biasa semasa dalam kandungan ibunya dan sel-sel itu akan berkurangan semasa baby dilahirkan. Hanya sel yang baik dan berguna sahaja yang kekal dengan baby. Lagi satu aveoli baby hanya terbentuk apabila baby sudah lahir ke dunia baru dia meletus dan terbentuk cantik dan tidak terbentuk dalam rahim ibu, sebab sesama lahir baru baby mula bernafas dengan paru-parunya. Fenomena dalam labour room pun diorang tunjuk, sekiranya ada masalah dengan baby apa yang dilakukan oleh doktor dan bagaimana doktor buat pembedahan kecil untuk cucuk perut ibu tembus ke perut bayi untuk mengeluarkan air berlebihan dalam perut baby sebab baby sedut banyak cecair. Pembentukan baby tabung uji pun diorang tunjukkan sekali, perbezaan persenyawaan yang berjaya dan yang tidak berjaya maknanya ada masalah dengan telur yang dihasilkan si ibu so pembentukan tuh tak cantik.

Apabila bersalin mereka tunjuk proses potong tali pusat baby, yang nih saya dah start sesak nafas dah. Bagaimana diorang tepuk-tepuk baby hingga baby menangis, dan mengeluarkan suara yang pertama. Si ibu suka sangat hilang sakit tengok baby walaupun masa tuh diorang tengah jahit lukanya. Kemudian diorang paparkan pula bahagian bilik inkubator untuk baby-baby yang bermasalah, dan yang lahir pra-matang. Memang comel-comel je semuanya dengan tiub yang berselirat. Time nih rintik hujan dah turun dalam rumah sendiri sebab saya juga masa kecik duduk inkubator dua bulan lahir pra-matang, kecik sangat, tak sampai 1kg pun lahir dulu.

Semasa dokumentari nih jugak tengok perut ibu-ibu mengandung besar gila. Tak dapat bayang macam mana bawa baby tuh especially yang babynya melebihi 3kg ke atas. Sakit melahirkan tuh lebih perit rasanya tapi bila dah lahir hilang semuanya kata ibu-ibu sedia ada nih la. Pengalaman tengok cerita 3D dokumentari tentang baby nih best la, walaupun ia bukan kali pertama saya tengok dokumentari perubatan selalunya yang melibatkan pembedahan dan pemindahan organ sahaja dari Europe tapi untuk baby rasanya nih yang pertama dan sangat jelas, satu moment yang sangat best dan buat korang menghargai pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan baby.

20 Comments

  1. missSenget says:

    bestnya kalau dpt tgk..

    rasa2 dekat utube ada x..?

    mesti excited je nk dpt baby..

    eh laa..gedik..padahal x kawen pn lg.. Y_Y

  2. puanbee says:

    Nak tahu lagi kene kawin n mengandung , n beranak.. heee … memang perit .. tetapi indah

  3. Denaihati says:

    bab kalau tengok darah buat lemah badan, cuma boleh beri semangat kat isteri n berdoa dipermudahkan masa bersalin…

  4. yusuflaili says:

    bestnya dapat tengok cam mana pembentukan bayi dalam perut..jarang dapat lihat ni..tapi beruntunglah wanita yang dianugerahkan oleh Allah kelebihan mengandung dan melahirkan anak ni,hanya mereka je yang tahu pahit manisnya.

  5. titan says:

    peh, siap ada dokumentari 3d lagi tu.

  6. suri says:

    dh bersedia ker sis heee..jeng2… mesti ada apa2 ni

  7. suri says:

    rasa indah bila dpt hamil dan lahirkan dia …

  8. fiezaradzi says:

    mmg seronok kot lau dpat tgk kan.. rugi plak terlepas tgk.. de skali tu tgk rasanya, tapi bila dah nak habis.. nanti2 de ulangan kot kan?

  9. soaffie says:

    Rancangan ini telah ditunjukkan beberapa kali dlm NatGeo dengan tajuk In The Womb. Dari mula benih memasuki rahim dan pembentukan fetus hingga akhir. Beberapa siri termasuk dunia binatang sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *