Actually mood agak tenggelam sikit nih sejak semalam. Serba tak kena jadinya. Sedikit kesal pun ada di hati sebab hampir 2 minggu tak menjengguk abah sendiri dek kesihatan yang tak berapa mengizinkan asyik batuk dan tak boleh nak berenggang dengan mesin. Nih pun baru balik dari hospital, abah masuk wad CCU sebab problem pada jantung, hati dan juga buah pinggang. Actually memang tak tau masalahnya sebab tak pernah diberitahu. Lagipun dah tak tinggal sebumbung, mak dan abah dah berpisah. Tadi doktor dah memanggil kami adik beradik,sebab keadaan abah dah semakin lemah.
Luluh hati tengok muka dan mata abah kekuningan. Menurut doktor jantung abah semakin lemah dan tadi bacaannya sudah mencapai angka 28-30 sahaja. Hati semakin tak menentu dan asyik memerhatikan mesin dan wayar dalam wad tu, berharap agar bacaan tuh semakin meningkat dan bukannya semakin menurun. Bila tengok macam tu terus semput, nasib ok kalau tak memang guna sekejap oksigen sana. Maybe saya akan berhenti blogging sekejap, ada perkara yang lebih penting yang kena diberi tumpuan. Walaupun tak dapat sama-sama menunggu dengan adik kat hospital tapi doa tetap dipanjangkan untuk abah. Hope bacaan tuh semakin meningkat. Tak sanggup tengok abah berwayar. Doakan ayah saya ye.






assalamualikum adikku..
Moga ayahmu cepat sembuh dari penyakitnya… \moga kamu skluarga diberi ketabahan diatas dugaan ini..
Insyalllah.. moga yang baik2 buat kalian skluarga..
PS: nanti senang, update sedikit ttg kesihatan ayah ya
waalaikumsalam kak ayu..
terima kasih mendoakan ayah saya, semoga arwah tenang kat sana
Allah kak, take a good care ye, insyaALLAH doa banyak-banyak, moga Allah permudahkan semua urusan akak. Moga Allah sembuhkan ayah akak. Allahumma ameeeenn!
terima kasih zida. ayah akak dah takde, dah meninggal hari sabtu lepas.
yaAllah.. sebak..!
moga abah sis kuat smgt nya.. sis pn kene kuat smgt..!
yup, memang kena kuat semangat.
Moga-moga Abah akan pulih. Tabah yer.
yup memang kena tabah. ayah saya dah takde, dah meninggal hari sabtu lepas
moga ayah eiela beransur pulih.. tak pe eiela, utamakan mana yg lebih utama.. blog ni sampingan je..
harap2 eiela dan keluarga eiela sihat selalu..
yup, blog untuk release tension je
saya doakan moga abh awk sembuh…
awk pun jg diri yer
abah dah takde kak, dah meninggal hari sabtu lepas
Sabar ya iela.
Saya doakan ayahanda segera sihat hendaknya. Amin
yup, kena sabar
kesihatan ayah lagi penting. jaga dia selagi ada. kami semua doakan yg terbaik utk ayah akak. banyakkan doa dan semoga tabah ya
yup, selagi ada kena jaga dia. terima kasih ss
smg ayh cpt sembuh…. ameeennn
ayah saya dah meninggal kak, hari sabtu lepas
k.chii yakin iela tabah hadapi dugaan ni..sabar ya dik
al fatihah
terima kasih kak. mudah-mudahan kitorang kuat.
moga2 abah segera sembuh
doa dan sabar tu memang dapat mengubat kesedihan dan kerisauan
apa-apa pun kena sabar je
tabahkan diri +kuatkan semangat ye eiela..
ok, terima kasih cik tom
jangan sedih-sedih. meh datang banting, makan cendol.
dah ok dah nih.. huhu aku tengok je la org mkn cendol.
Eiela. Semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. Banyak berdoa. InsyaAllah semuanya baik2 sahaja
abah dah meninggal, memang semuanya dipermudahkan olehnya.
salam..
semoga Allah kurniakan anda
dan keluarga kesabaran menempuh
dugaanNya..harapan Abah anda
cepat sembuh…
wsalam..
abah saya dah meninggal dunia hari sabtu lepas.
Allah lebih menyayanginya…
Jangan ditangisi pemergian arwah abah Eila ya sebaliknya kuatkan semangat dan tabah.
yup, Allah lebih sayang arwah abah. yup, kena tabah.