5 Sebab Kena Belajar Memasak

Lamanya mendiamkan diri, tak tau nak update apa nih. Idea dah lari. So macam mana dengan cuti sekolah minggu lepas? Korang pergi mana? Saya duduk rumah je. Minggu lepas masa banyak dihabiskan dengan aktiviti masak-memasak sebab saudara mara balik dan ada yang bawa kawan datang ke rumah. Duduk mengajar adik yang belajar kat Perak tu memasak.

Disebabkan semester depan dia kena duduk luar, nak tak nak kena belajar memasak jugak, penting untuk save kos di mana-mana. Untuk memasak terpulang kat kita nak mengayakannya, bagi saya cukup sekadar kita tau memasak. Saya pun bukan reti masak, masih belajar lagi dengan mak. Belajar masak nih tak perlu sehebat chef tapi cukup andai dapat memenuhi kehendak selera. Sini saya nak share beberapa sebab kita kena tau memasak.

1) Memenuhi kehendak selera.
Selera manusia nih besar. Takkan hari-hari nak makan telur goreng, ikan goreng, dan makanan bergoreng sahaja. Nak juga berubah selera, mempelbagaikan menu untuk memenuhi citarasa. Kalau duduk jauh lagi la kena tau masak sikit-sikit yang penting takde la mengidam bagai orang mengandung teringin nak makan itu ini, asal ada rasa dah cukup. Puas hati dah rasanya.

2) Save budget.
Yang nih semua orang setuju, bila dah tau memasak secara tak langsung perbelanjaan kita dapat dikurangkan. Bagi student duduk di hostel berbeza dengan gaya hidup di luar kalau kita tak reti nak uruskan semuanya. Cabarannya lagi besar. Nanti takde la hari-hari nak makan luar, di kedai banyak guna ajinomoto nanti lama-lama kepala pun botak, poket pun botak jugak dibuatnya.

3) Terjamin dari segi kebersihan.
Bab kebersihan makanan pun dijaga juga. Kalau kita buat sendiri, dah tentu kita jaga kebersihannya, berbanding di kedai. Biasanya memang diorang jaga kebersihan tapi ada juga segelintirnya main hentam je. Sayur tak bersih dah dimasak, dan tak hairan kalau serangga pun terhidang dalam makanan kita.

4) Meringankan beban isteri berkerjaya.
Yang nih kita cerita bab lelaki plak. Sekarang nih ramai ibu-ibu yang bekerjaya kan? Mesti penat dah balik kerja nak masak semuanya. Penat kerja belum hilang dah tambah lagi. Walaupun itu dah tugas mereka tapi jika suaminya ringan tangan tahu sedikit sebanyak masak atau buat kerja rumah, kurang la sikit penatnya. Kasih sayang pun bertambah agaknya.

5) Membantu ibu ketika susah.
Part last paling penting sekali, memasak nih tak kira lelaki atau perempuan kena tau juga sedikit sebanyak. Sebabnya andai la mak kita sakit, demam ke dapat juga kita tolong dia memasak, menyediakan apa yang patut untuk keluarga. Walaupun tugas memasak tugas seorang ibu, tapi apa salahnya kita bagi mak kita cuti, mesti mak pun happy kan?. =)

16 Comments

  1. yui says:

    btoi2..stuju sgt tu.

  2. LadyBird says:

    lady x start masak lagi nih… makan kat kedai jerk.. :(

  3. fieda says:

    belajar jgn tak belajar..

  4. akubiomed says:

    Kalau masak untuk makan seorang sebenarnya tidak jimat.

  5. yuppp saya sangattt setuju!! sy pun kalau boleh nak lelaki tahu masak, kalau pandai masak lagi bagus =D

  6. titan says:

    orang perempuan tak tahu masak..tak tahu la..sorok bawah katil la jawabnya..
    aku pernah jumpa perempuan..masa air pun tak reti..

  7. Pisyek says:

    hurm.. nak kena blaja memasak la nmpak gayanya ni. ekeke :D

  8. kak ina kl says:

    betul tu akak setuju..lelaki kalau pandai masak memang di puji oleh semua orang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *