Telekung Cantik Dari Silk City Enterprise

Assalamualaikum.. Salam isnin semuanya? Kali nih saya nak kongsi tentang telekung dan sejadah cantik dari Silk City Enterprise. Actually saya tau tentang kewujudan Silk City Enterprise nih dari majalah Nur, kemudian saya baca di Eyriqazz hinggalah saya membuat pembelian dengan Silk City Enterprise di facebook. Telekung dan sejadah yang dijual di sana memang cantik. Pengunjung diberi pilihan untuk memilih telekung pilihan mereka. Ada pelbagai variasi dan pilihan warna yang menarik terdapat di sana. Ada telekung cotton, organza, parasut tabur, etc. Telekung travel pun ada dijual di sana. Kain pasang pun dijual sama, sesuai buat kain untuk hari bahagia. Memang rambang mata dibuatnya. Telekung di sana bukan sahaja cantik dipakai untuk dibuat sembahyang harian tapi juga sangat sesuai dibuat telekung hantaran sama ada hantaran pertunangan dan juga hantaran perkahwinan. Sesuai jugak digayakan di pagi Syawal yang bakal menjelang tiba nih.

Pilihan saya semestinya cotton dengan bunga manik. Suka hiasan yang kecik dan simple je janji sweet. Yang syoknya saya berkenan dengan salah satu sejadah yang terpamer di facebook Silk City Enterprise tapi malangnya telah ada pembelinya, so kecewa la jugak kan? Kemudian saya ditawar untuk mereka sendiri yang tolong memilih sejadah pilihan dengan spesifikasi yang saya tentukan sendiri. Yang semestinya pilihan mereka adalah yang terbaik. Yang pastinya saya suka dengan pillihan yang dibuat. Cantik dan harga pun berbaloi. Setanding dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Untuk melawat boleh lihat di Gedung Telekung Eksklusif di facebook ye. Untuk melawat bleh ke SINI. Bagi pengunjung yang inginkan lebih kepuasan dalam membuat pilihan boleh berkunjung sendiri ke sana bleh pergi ke alamat tertera di bawah

NO. 3A, Tingkat 1, Jalan Plumbum R7 / R (Atas Al Ikhsan Seksyen 7)
4000 Shah Alam,
Malaysia

sejadah
sejadah + telekung
telekung cotton manik

p/s : minat colour purple & grey tapi dah habis telekung putih bunga purple pun ok.. =)

4 Comments

  1. fiezaradzi says:

    cantik.. saya pun suka yg simple.. nak g tgk jap lagi.. igt nak cari telekung jugak..

  2. akubiomed says:

    Telekung ada bunga-bunga cantik. :-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *