Penangan Nada Cinta

 

Aish, peminat Nada Cinta plak ke? Huhu Bukan saya tapi adik bongsu, si kakcik. Peminat tegar cerita Nada Cinta nih. Jarang dia miss tengok cerita nih, tak dapat tengok di Astro Ria pukul 6.30pm ditunggunya ulangannya di saluran yang sama di belah malamnya plak. Saya tak la minat sangat tengok sinetron indonesia nih sebab panjang sangat, jenuh nak menunggunya habis. Bosan. Drama berkonsep musikal nih banyak tertumpu kepada hubungan persahabatan sebenarnya. Sinetron yang dibintangi oleh Randy Pangalila, Mikha Tambayong, Luna Maya dan lain-lain nih besar jugak pengaruhnya.

Saya perhatikan budak-budak paling suka dengan cerita nih, tak kira la sekolah rendah ke sekolah, semua tertarik nak menontonnya. Kalau dulu sebelum ada cerita nih, pukul 6 ade je diorang bersuka-suka di laman rumah masing-masing hampir senja baru masuk rumah buat apa yang patut tapi sekarang pukul 6 dah senyap. Masing-masing dah mengurung diri dalam rumah, dah siap mandi dan menutup tingkap rumah. Berlari-lari masing-masing balik rumah semata-mata nak menonton cerita nih. Huhu. Hebatnya penangan Nada Cinta kan?

Yang paling saya suka dalam cerita nih ialah Vito sebab sikap setia kawannya yang tinggi dan dia instinct yang kuat terhadap sesuatu perkara. Yang paling saya benci plak ialah Nia, sikap dia keterlaluan sangat. Sikapnya sendiri yang menjejaskan rumahtangganya. Usaha yang dilakukannya untuk menyelamatkan rumahtangganya kebanyakannya memakan diri menjauhkannya daripada suami dan anaknya sendiri dek terlalu cemburu. Cuma yang tak bestnya bila tengok pengaruh cerita indonesia nih ialah pengaruh bahasa diorang tuh. Ada sesetengah perkataan tuh diorang gunakan untuk kenakan orang lain especially budak lelaki, Jenuh gelak-gelak walhal tak tau bahawa budak kecik tuh tengah mengenakan dia. Huhu

8 Comments

  1. titan says:

    dah lama aku tak layan sinetron macam ni. hoho..

  2. ieda says:

    adehhh anak2 akak punn suke dikk
    petang2 dukk ngadappp aje .. x leh suh buat ape2 punn
    sampai hafal watak2 dlm tuu adoii !!

  3. mak lagenda says:

    nada2 cinta?? Hahahahaha..anak2 mak peminat setia citer nih!! mak pak jaki jerk tgk anak2 minat citer indon..

  4. LadyBird says:

    akak x tgk cite ni.. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *