Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Macam mana dengan hari korang hari nih? Ok ke tak ok ye? Kali nih saya nak share pasal tanggungjawab yang hidup kepada yang mati. Yang mana peranan orang yang masih hidup di dunia nih kepada orang yang telah meninggal dunia. Bagi individu yang telah meninggal dunia terputus sudah hubungan mereka dengan dunia sementara nih hanya di sana tempat tinggal mereka yang abadi. Hanya bekalan amalan sepanjang hidup di dunia sahaja dibawa bersama sebagai bekalan kehidupan di sana. Saya just buat secara general sahaja mengenai tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. So bila seseorang itu dah meninggal dan terputus hubungannya tidak bermakna tugas kita sebagai anak sudah selesai. Tugas kita belum selesai sebenarnya, masih ada tanggungjawab yang perlu kita laksanakan.
Antaranya ialah :
1) Mendoakan kesejahteraan mereka.
Mendoakan kesejahteraan setiap manusia memang bagus. Kita sendiri disarankan mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita semasa mereka masih hidup so apa salahnya kita doakan kesejahteraan mereka juga sesudah mati. Sedekahkan bacaan al-Fatihah dan surah Yasin kepada arwah. Hanya doa sahaja yang dapat kita titipkan buat mereka. Semoga Allah pelihara ibu dan ayah kita dengan baik. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
2) Menjelaskan hutang-piutangnya.
Sudah menjadi adat, hutang yang dipinjam mesti dibayar. Tuh sudah pasti, kita tak bleh lari daripada tidak membayar hutang. Jika tidak dijelaskan semasa hidup, sudah pasti menjadi sebutan orang kelak. Hidup pun tak tenteram. So sekiranya kita tahu ibu bapa atau saudara seislam kita yang sudah meninggal itu mempunyai hutang yang memang kita ketahui eloklah sekiranya kita melangsaikannya. Tanya orang-orang terdekat jika arwah ada berhutang dengan sesiapa. Ini untuk mengelakkan daripada orang mengungkit-ungkit perihal orang yang sudah tiada. Tak sedap di dengar dek telinga.
3) Meminta maaf kepada individu yang buat salah.
Kita mestilah bersikap pemaaf. Takde gunanya berdendam sesama insan. Sekiranya kita tahu si mati ada membuat kesalahan atau berselisih faham dengan sesiapa segeralah meminta maaf kepada yang berkaitan. Bagi yang disebelah sana pula, maafkanlah kesalahan yang telah tiada, tiada guna berdendam dengan orang yang sudah meninggal dunia. Selain dapat menenangkan jiwa ia juga bagus untuk menjaga hubungan sesama manusia di atas dunia nih.
4) Ziarahi kuburnya bila ada kelapangan.
Apabila seseorang sudah meninggal dunia bermakna mereka mendapat rumah baru di tanah perkuburan. Itu menjadi tempat tinggal mereka yang abadi. Bila mereka dah tiada janganlah kita leka dan lupa untuk menziarahi mereka. Walaupun mereka dah tiada di depan mata tak bermakna mereka terus lupus dari hati dan kenangan kita.
5) Kurangkan meratap hiba.
Biasanya bila kita kehilangan orang yang kita sayang, sudah tentulah ada yang menangis. Tipu kalau kata takde siapa yang tak menangis. Saya pun sesekali bila rindu menangis juga, tapi cepat-cepat diseka. Tak baik meratap hiba orang dah tiada. Seksa dia di sana. Yang baiknya banyakkan beristighfar dan sedekahkan al-Fatihah. Doakan supaya arwah tenang di sana.
Rasanya tuh je yang dapat saya kongsikan mengenai peranan orang yang hidup kepada yang mati. Sekiranya ada yang lain, bolehlah kongsi ye.






mendoakan ibu bapa, semoga anak2 juga mendoakan kita ..tq info hebat
a’a, mudah-mudahan bakal anak-anak kita nanti mendoakan kita juga.
Doa anak yang soleh untuk kedua ibubapanya jangan tinggal.
yup, betul tuh doa tuh jangan ditinggalkan.
doa dari anak yang soleh
moga2 mereka diterima
yup, betul tuh
semuga anak-anak melakukan perkara yang baik ini kepada kami berdua…insyallah
insyaallah kak ina, mesti anak-anak kak ina tak lupa punya
terima kasih atas peringatan ni.sangat berguna
sama-sama. hope apa yang ada dapat jadi panduan buat kita semua.
betul tu..banyak tanggungjawab yang masih belum selesai..
a’a, memang
kita yg hidup minimumkan hutang piutang supaya tak bebankan waris2 kita nanti, insyaAllh
insyaallah,,a’a, minimumkan hutang, family pun tak galakkan berhutang.
SALAM, jangan Bergaduh Antara adik beradik tentang harta warisan, sehingga ibu bapa dalam kubur diseksa deangn sebab itu…
wsalam..
a’a, elakkan bergaduh tentang harta warisan
Mmg tanggungjawab sebagai anak tidak habis w/pun ibubapa dah tiada…
betul tu kak.
ada dengar dalam tazkirah ritu.. ziarah teman-teman rapatnya jugak.. demi meneruskan silaturahim antara arwah dan sahabat handai sanak saudaranya…
betul jugak tuh ziarah teman rapatnya untuk eratkan silaturrahim dengan diorang.
thanks.. sentiasa cuba amalkan doakan kpd yg dh meninggal dunia..
ur welcome.. yup, betul tuh.
sentiasa mendoakan arwah…itu memang penting…
yup, memang penting.