Assalamualaikum. Selamat pagi semua. So macam mana dengan pagi Isnin korang, ok tak? Saya kat sini alhamdulillah cuaca cerah, segar sikit pandangan mata. Akhirnya hari nih merupakan hari yang ke-10 kita berpuasa di bulan Ramadhan nih. So saya nak kongsi tentang hikmah puasa kepada manusia. Banyak sebenarnya kelebihan berpuasa kepada manusia nih tapi saya hanya fokus kepada beberapa perkara sahaja iaitu :
1) Puasa melatih manusia menjadi sabar.
Apabila berpuasa kita juga dilatih untuk bersabar. Bersabar menahan diri daripada lapar dan dahaga, bersabar dalam menahan amarah, bersabar menahan kerenah manusia lain dan sebagainya.
2) Puasa dapat merehatkan fungsi sistem pencernaan.
Dalam bulan puasa kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung kita dapat merehatkan sistem pencernaan kita nih daripada berfungsi 24 jam. Badan manusia nih kena rehat juga, tak boleh diperlakukan seperti mesin. Mesin pun kalau digunakan non-stop pun rosak, inikan pula tubuh manusia.
3) Puasa dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara terlarang.
Apabila berpuasa kita dapat mengekang nafsu daripada melakukan perkara yang terlarang. Dapat mengatasi gejala kemungkaran di bulan Ramadhan. Semuanya menghormati kemuliaan bulan Ramadhan.
4) Puasa dapat menurunkan berat badan.
Puasa dapat membantu menurunkan berat badan, kerana kita tak boleh makan dan minum. So secara tak langsung badan tak dapat nak mengumpul lemak. Tenaga dihasilkan melalui pembakaran lemak yang sedia ada di badan sahaja. Apabila ini berlaku maybe sesetengah individu yang mengalami masalah berat badan boleh dapat kembali berat badan idaman.
5) Puasa membantu manusia membuat amal kebaikan.
Biasanya dalam bulan Ramadhan setiap manusia berlumba-lumba untuk membuat amal kebaikan. Setiap dari kita sama-sama menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan. Pelbagai agensi berganding bahu bersama-sama mengambil keberkatan Ramadhan.
6) Puasa membolehkan manusia cepat khatam Al-Quran.
Biasanya dalam bulan puasa memang ada tadarus al-Quran tak kira di mana-mana sahaja, even di sekolah pun ada juga tadarus al-Quran beramai-ramai. Bagi yang individu biasanya dalam bulan Ramadhan kita terdorong untuk khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan. Seboleh-bolehnya dalam masa 30 hari tuh jugak nak khatam al-Quran. Sekiranya dibaca 10 helai setiap kali selepas solat, Insyaallah tak sampai sebulan kita dah boleh khatam al-Quran. Biasanya saya pilih untuk membaca tafsir al-Quran sebab kita lebih memahami apa yang kita baca.
7) Puasa mengajar manusia erti kesyukuran.
Puasa juga mengajar kita untuk bersyukur. Bersyukur dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bersyukur segala nikmat Allah kepada kita. Kita lebih beryukur dengan apa yang kita ada dan bukannya apa yang kita tidak ada. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan kita di negara luar, kita jauh lebih baik daripada mereka. Kita tak pernah merasa kebuluran. Puasa mengajar erti bersyukur dan bersederhana dalam segala hal.
8) Puasa sebagai benchmark untuk melakukan perubahan.
Biasanya apabila tibanya bulan Ramadhan kita dah tentu mempersiapkan diri untuk menyambutnya kan? Apabila berpuasa setiap orang berlumba-lumba membuat kebaikan, mengumpul pahala di bulan Ramadhan. Ini juga satu perubahan untuk diri sendiri untuk menajadi lebih bagus daripada sebelumnya.
Rasanya cukup la nih kot, banyak lagi kebaikan berpuasa nih sebenarnya. Kalau ada yang nak tambah lagi boleh tambah di ruangan komen ye.






banyak hikmahnya. manusia aje yang ramai tak perasan.
a,a banyak..
Sebab tu kene berpuasa , akk sambung yeee
a’a, takpe sambung
selamat berpuasa
selamat berpuasa
Mmg bnyk hihmat berpuasa nih..
a’a, banyak sangat
alhamdulillah puasa ni dapat kawal nafsu daripada buat benda-benda lagha, dan nak cuba khatamkan 30 juzuk!
selamat teruskan ibadah!
insyaallah, mudah-mudahan tercapai. akak pun sama jugak nih. gud luck untuk kita berdua
setuju dgn semua points itu…
selamat berpuasa ye eiela
selamat berpuasa kak hanie
Memang banyak hikmah berpuasa tidak perlu disangkal dan diragui lagi.
Yyup, betul tuh. banyak sangat.