Hmm,,macam-macam bomoh sekarang nih kan. Kali nih saya nak share dan beri pendapat pasal bomoh plak. Tadi baru je berkesempatan baca paper. Ade plak kisah bomoh penipu. Sepasang bomoh suami isteri yang dicari pihak polis sekarang sebab mereka telah menyebabkan kematian seorang pemuda yang datang berubat dengan mereka beberapa minggu yang lalu. Teringat balik kes kematian seorang pemuda berumur 26 tahun berasal dari Terengganu yang meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan tradisional daripada sepasang bomoh lelaki dan wanita nih.
Rupa-rupanya bomoh lelaki tuh dah ditahan oleh pihak polis, manakala pasangannya iaitu isterinya sendiri selaku suspek utama yang bernama Kak Yah belum ditahan lagi. Dia dipercayai masih bersembunyi di sempadan Malaysia-Thailand. Perbuatan diorang yang menyuruh pesakit minum air menggunakan hos getah dengan tujuan untuk mengeluarkan jin dalam badan pesakit telah meragut nyawa pesakit tersebut. Akibatnya pesakit tak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika di bawa ke klinik untuk rawatan lanjut. Ape taknya pesakit dah lemah dan dipaksa minum air melalui hos getah, maka bertambah lemahlah dia. Jenuh dia nak menelan, badan boleh “hypo” sebab banyak air. Lagi plak dia sakit so kemungkinan tuh agak tinggi. Tambahan plak, air yang diminum bukan calang-calang air, air paip. Bukan ke air paip tuh bukannya bersih sangat, banyak benda asing dan bukannya ada apa-apa vitamin dalam tuh. Berbeza dengan air yang dimasukkan di hospital air tuh sedia berubat. Sekurang-kurangnya bila jumpa doktor adelah ubat atau vitamin dimasukkan untuk menguatkan badan kita.
Kadang kala rawatan bomoh nih memang tak masuk dek akal langsung. Main ikut suka je. Bukan fikir sangat ape akan jadi kemudian hari. Sebab tuh lebih selesa dengan pengamal perubatan Islam dan kepakaran doktor sahaja. Memanglah kadangkala sesuatu penyakit tuh tak dapat diubati menerusi kepakaran doktor dan ianya boleh disembuhkan dengan alternatif yang lain. Lebih baik kita pergi kepada individu yang bertauliah untuk mendapatkan sebarang panduan atau bantuan sebab ia lebih terjamin berbanding dengan pergi ke mana-mana bomoh yang kita dengar dan yang tak bertauliah nih. Sebab risikonya tinggi. Kalau perlu sangat berubat pergilah ke Pusat Rawatan Al-Hidayah atau ke Makrifat Healing Center untuk mendapatkan bantuan.
Kadang-kala bila berubat dengan bomoh nih, ia bukan sahaja membahayakan nyawa malah lebih teruk lagi ia boleh menyebabkan kita nih terpesong. Contohnya bila ade yang terlalu taksub dengan bomoh tradisional nih. Asalkan sakit sikit je contohnya sakit perut pergi jumpa bomoh, bukan nak jumpa doktor. Yang bertambah teruknya bila ada yang mengaitkan sakit perut tuh dengan buatan orang. Time nih mula tuduh menuduh dilakukan, dakwa orang nih buat orang tuh dengki.
Walhal maybe dia sakit perut tuh sebab gastrik, perut masuk angin. Hmm.. kan dah dapat satu dosa, memfitnah orang. Dosa memfitnah lagi bahaya.. Lagi satu perbuatan tuh jugak boleh merosakkan hubungan sesama manusia, menyebabkan pergaduhan etc. Dah tak best dah hidup macam tuh. Lebih baik berjumpa pengamal perubatan yang betul-betul diyakini untuk mendapatkan sebarang rawatan berbanding bomoh-bomoh nih sebab kebanyakan bomoh penipu. Lagi plak keselamatan kita lebih terjamin.
p/s : nasib takde yang ajak jumpa bomoh, kalau tak.. siap.








Seram.Tak pernah lagi guna bomoh-bomoh ni.Alhamdulillah,masih guna yang moden.
haiqal recently posted..Tugasan Dari Adik
baguslah macam tuh. Bomoh sekarang lagi bahaya.
kebetulan pulak entry sy hari ni pasal bomoh jugak
a’a tuh la. tadi blogwalking pun blog akak pasal bomoh jugak.
menakutkan! baik pegi hospital, kan!
Acik recently posted..Nikmat yang Seringkali kita Lupa
yup, baik pergi hospital. bahaya la bomoh-bomoh nih.
errr..x main bomoh2 ni..

mcm2 bomoh ada skrg ea..hoho
echaaa recently posted..Errr..blogspot BERtukar wajah..
huhu tak main ek. memang macam-macam bomoh ada.
kalau sakit, better ke hospital dulu.. lau dah doktor tak leh buat apa, tak salah guna khidmat rawatan aternatif ni.. cuma perlu bijak memilih.. yg kat luar tu ada yg betul, ada yg penipu.. jadi pandai2 la, dan jgn la letakkan kepercayaan yg begitu hebat.. baik doktor baik alternatif.. percaya pada 1 je, pada Allah.. urusan utk buat kita sakit dan sembuh adalah dariNya.. tak salah kalau kita berusaha..
fiezaradzi recently posted..Kreativiti dan Diri
teringat gak kat satu kes ni. yg bomoh tu berubat guna cara ala2 kekerasan. dipukul2nye badan pesakit tu guna ape tah dah lupe. last2 mati pesakit tu. huhuhu. kejam~
SitiSafiyyah recently posted..Mencari Redha Ilahi
yang tuh kena jaga-jaga. macam kak fieza cakap kena bijak memilih.
betul tuh kak. sokong jugak, kita kena bijak memilih. Tak semuanya penipu, kena hati-hati.
kadang2 sakit yang sebenarnya bila jumpa doktor hanyalah demam…
tp bila jumpa bomoh ade jela dia cakap, kena sampuk la, sangat dek jin hutan jer…
ade2 je…
belalang recently posted..Keseronokan Menjadi Seorang Blogger
yang tuh ila tak nafikan, biasa tuh dengar dari mulut orang-orang tua kena sampuk lah ape la. padahal sakitnya demam je.
bomoh pun penipu je yg ramai skrg ni jgn le percaya ..
puanbee recently posted..Asal Carefour ke atau asal dari pantai ???
huhu kena pandai memilih nih, tapi kalau pelik-pelik tuh tak payah la pergi, bahaya..
Ada bomoh temberang ini mengambil kesempatan cabul mangsanya
akubiomed recently posted..Jika Google ada jawapan kepada semua soalan
macam-macam bomoh sekarang kan. menakutkan.