Bismillahirrahmanirrahim.. ungkapan yang biasa kita sebut sebelum melakukan sesuatu perkara. Jika nak makan, nak berjalan, bawa kereta, nak tidur malah dalam solat sekalipun kita mengungkapkan kata-kata basmalah ini. Betapa agungnya perkataan nih kan? Bismillahirrahmanirrahim nih membawa maksud Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jika lafaz bismillahhirrahmanirrahim nih dilafazkan selalu ia membawa berkat dalam hidup kita. Bila buat sesuatu pekerjaan dengan mengucap bismillahirrahmanirrahin, insyaallah kita akan buat melaluinya dengan baik, pekerjaan itu lebih smooth kata orang.
Contohnya bila kita membawa kenderaan dan dimulai dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim maka kita akan lebih berhati-hati membawa kenderaan sebab kita sedar tanggungjawab yang digalas khususnya yang membawa ahli keluarga tersayang. Kita akan mendapat rahmat dan dilindungi oleh Allah dari sebarang kemungkinan dan akan sampai ke destinasi dengan selamat. Jika dibanding dengan mereka yang gelojoh dalam membawa kenderaan, mereka lebih terdorong untuk mendapat sebarang kemungkinan yang tidak diduga.
Dengan rahmat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dari Allah juga kita diberi rezeki serta nikmat yang tidak kita sedari. Buktinya dalam kehidupan seharian sahaja, dari awal bangun tidur kita telah diberi rahmat. Rahmat untuk bernafas, mandi menyegarkan badan, keletihan hilang serta bertenaga untuk kita menunaikan solat. Seterusnya kita keluar rumah menguruskan pekerjaan, itu juga merupakan rahmat Ar-Rahman dan Ar- Rahim dari Tuhan yang berlaku dalam setiap detik. Sebab itu, jom kita ringankan mulut basahkan bibir dengan menyebut bismillahirrahmanirrahim nih dalam apa sahaja yang ingin kita lakukan.
” Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya “.






Sama-sama kita amalkan kerana ia bukan berat pun untuk dijadikan amalan harian.
a’a, bukan berat pun, budak kecik pandai menyebut. cuma pengertian je la diorang tak tau.
Sama2 kita beramal, barulah barakah itu dekat dgn kita…ameen
yup, ameen
nak tulis blog pun selalu ucap bismillahirahmanirahim tau
buat apa-apa kena ucap jugak,
Itu yg seeloknya. Moga dapat kawal kita dari menulis benda2 yg tak bawak manfaat =)
a’a, mudah-mudahan..
salam…
perkataan permulaan dan akhiran juga blh di buat. selalu orang lupa itu yg payah heee
wsalam..
tuh pun payah jgk tu
satu perkataan mmbawa maksud yang mendalam..itulah azimat utk permulaan bacaan.
Mudaha2n, apa jua yg kita lakukan, dimulai dgn ucapan bismillah akan mendapat berkah dan rahmatNYA
yup, betul tu mak
ayat yg mudah diucap..tp mudah lupa
so beringat2lah sllu…
ada yang gelojoh macam minum air tuh
betul. kalau tak sebut..memang rasa tak sedap..
a’a, tak sedap macam makan lauk takde rasa
semua perkara yg baik mestilah bermula dgn bismilah, mudahan kita mendapat keberkatannya.
yup, betul tu. mudah-mudahan macam tu la.
amalan yang pwrlu dilakukan dalam semua perkara
moga kita dilindungi.. amin
a’a. setiap perkara kena buat. amin..
bismillahirrahmanirrahim….
lafaz yang sgt mulia
a’a, mulia dan mudah, tapi ramai yang lupa.
Benda tak berat pun nak baca bismillah cuma berat nak jadikan amalan… Ringankan mulut lepas nie
kalau tak jadikan amalan tuh yang jadi beratnya.