Tidur : Kualiti Ke Kuantiti?

Tidur best kan? Best bila dapat tidur nyenyak tanpa apa-apa gangguan. Tak best bila tidur tuh diganggu oleh segala macam hal, secara nyatanya mata tertutup rapat tapi minda ntah ke mana, ligat berputar. Susahkan nak dapatkan tidur yang berkualiti nih? Nampak nyenyak walhal takde pun. Ibarat tidur dalam jaga. Korang pernah kena macam nih? Huhu. Rasanya sebagai manusia normallah tuh kan, macam-macam benda yang nak difikirkan. Bukan macam baby tuh, relax je diorang tidur, lena sangat. Mata terpejam, comel je. Serba tak kena bila tidur kita nih diganggu kan?. Bila tak lena tidur di waktu malam, terpaksa la qada’ or curi masa di waktu siang untuk menggantikan waktu tidur yang hilang tuh. Kadang kala kurang tidur pun badan jadi lemau, banyak tidur pun lemau jugak. Hmm..tidur banyak salah, kurang tidur pun salah kan?. Semuanya ada efek.

Actually dalam tidur nih apa yang penting ekh? Kualiti ke kuantiti? Kalau dari segi kualiti adakah tidur selama 8 jam tuh merupakan tidur yang berkualiti? Ataupun tidur sebanyak 5 jam or 2 jam je? Ha, sebenarnya kan menurut Pakar Perunding Kardiologi di Institut Jantung Negara (IJN), setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. So, takde tempoh piawaian berapa lama seseorang tuh perlu tidur. Secara puratanya setiap individu memerlukan 7-8 jam waktu tidur yang berkualiti. Tapi ade jugak, individu yang tidur 4-5 jam je dan mereka ‘fresh’ pada keesokannya.

Sebab apa yang penting kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya tapi pola tidur yang tetap. Sebab ia bergantung kepada kebiasaan kita, even kita tidur 4-5 jam kita tetap maintain ‘fresh’ pada keesokannya. Contohnya kita dah biasa tidur pukul 12, so bila kita lewat tidur dalam pukul 2am so tak hairanlah esoknya kita tersengguk-sengguk time bekerja. Walau apa pun, kita semua disyorkan untuk tidur awal khususnya untuk mendapatkan kesihatan badan yang baik. Masa kita tidur jugak, kita boleh memelihara jantung sebab denyutan jantung akan lebih ‘smooth’ jika dibandingkan dengan masa kita berjaga. Tambahan plak, proses penyembuhan dan baik pulih tisu or sel-sel badan berlaku di malam hari di kala tidur.

p/s : berusaha mendisiplinkan diri

8 Comments

  1. kualiti tidor ikot masing2 punya cara sendiri..
    tp bagi akak, tidor yg berkualiti ialah tidor yg ada mimpi best!
    haha!

    • eiela says:

      haha amboi, mimpi best ek..
      sbnrnya tidur yang bermimpi bukan berkualiti, takde mimpi baru berkualiti “kosong’ je. sedar-sedar dah pagi. hehe

  2. papa mifz says:

    skrg dah ada anak susah nak dpt tidur yg berkualiti…huhu

  3. kakyon says:

    akk tidur 4 jam sebelah mlm pun dah cukup..tapi siang hari tambah tidur lagi 2 jam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *