Pengsan Sebab Terlalu Berpantang

Baca tajuk pengsan jangan fikir saya pengsan plak ye. Saya tak pengsan pun, dulu je sekarang dah ok. Macam-macam sebab orang pengsan kan? Sebab kepenatan, tak cukup tidur dan macam-macam lagi.Memang boleh risau bila tetiba pengsan nih. Cuma saya nak kongsi kisah orang yang terlalu kuat berpantang hingga membahayakan diri. Yup, sebagai seorang yang mengalami masalah kesihatan dah tentunya kita kena berpantang. Ada sesetengah makanan yang kita tak boleh makan dan sekiranya makan akan ada effect tertentu. Macam saya jugak, saya pun berpantang kat sesetengah makanan especially seafood. Tambahan memang ada alergik dan juga alahan pada detergen, pada sabun.

Cuma sekarang alhamdulillah dah bleh makan belacan, cencaluk balik cuma kena jaga-jaga tak bleh sekerap macam orang lain sesuka hati nak makan itu ini. Sesekali teringin tu, boleh dah makan sikit. Takde lagi kontraksi pada jantung. Slow-slow lagi cuba untuk sesuaikan diri balik. Cuma kena berpada bila berpantang jangan terlampau berpantang sampai membahayakan diri sendiri. Saya selalu perhatikan orang tua kat hospital, mereka agak kerap pengsan gara-gara terlalu kuat berpantang. Kat sini pun dah beberapa kali kena jugak, especially penghidap kencing manis. Tak minum minuman bergula dan makan benda manis. Bila check tengok kurang gula. Hehe. Caranya senang je bagi gula, mesti diorang ok. Bila bagi gula, diorang sedar dan tak tau apa yang berlaku. Malah boleh senyum lagi.. Terlalu berpantang pun susah juga, tak berpantang pun susah juga cuma kena berpada.

16 Comments

  1. hafizmd says:

    Pengsan. Alhamdulillah…tak pernah algi pengsan dan belum pernah berdepan dgn mereka yg pengsan =)

    hehe…yg ada kencing manis tu, pantang jumpe gule ye…hehehe

  2. akubiomed says:

    Ada yang mengurangkan berat badan tapi cara diet berpantang yang ekstrem hingga menyebabkan badan kekurangan tenaga.

  3. fiezaradzi says:

    bak kata org, biar bersederhana dlm segala hal.. itu yg lebih baik..

    pantang, pantang juga, tapi boleh lah ambil sikit2.. lainlah kalau mmg alah, tak boleh makan langsung.. itu kena jauh juga la kan..

  4. titan says:

    aku takde pantang bab-bab makan ni. sambal belacan tu memang dah jadi darah daging. haha..

  5. zulkbo says:

    salam..
    alhamdulillah..dah kembali sihat..
    amalan berpantang tu kalau boleh
    di teruskan,teruskan saja..alah tegal
    biasa lama-lama kan..?

  6. tehr says:

    Mesti selalu bersederhana dalam semua tindakan
    Semua akan jadi elok nanti

  7. mak lagenda says:

    ALhamdulillah..kesihatan eiela semakin pulih. Seronok hati bila mendengarnya. Teruskan pantang makan tu tau..jgn pantang jumpa plak pasni!

  8. iza says:

    Assalam…
    Tak pernah lagi terus pengsan betul2.
    Selalunya kalau tak makan, memang terasa nak pitam.
    Jadi tak boleh kalau tak makan, kena makan walaupun sikit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *