Wah,,lama dah rasanya tak mengusik blog. Rindu nak membebel kat sini. Macam tajuk kat atas nih, so hari nih nak kongsi pengalaman menjalani rawatan CT Scan atau CT Thorax paru-paru di Hospital Tunku Jaafar semalam. Nak kongsi bagaimana rawatan CT Scan dijalankan. Lagipun kan dah kata minggu nih berkongsi pengalaman sendiri, so minggu depan baru kita masuk semua ye. Patutnya hari nih ada follow up dengan pakar di Hospital Ampuan Najihah tapi ditunda ke bulan depan untuk tunggu laporan scan nih siap. Sebenarnya scan nih akan dibawa ke Institut Perubatan Respiratori KL bulan depan, sebab mereka nak tengok perkembangan terkini sebabnya transplant untuk paru-paru dan jugak jantung maybe tak akan dilakukan sebab risikonya terlampau tinggi. Ada masalah lain yang menyukarkan proses tuh nanti. Apa yang akan dibuat adalah follow up dengan Hospital Ampuan Najihah, IPR dan IJN setiap 3 bulan sekali.
Rawatan CT Scan nih jugak rupanya tak sama dengan MRI, bentuknya pun lebih kurang sama cuma saiznya berbeza sebab CT Scan lebih kecil dan MRI lebih besar. Ct Scan nih lebih advanced daripada X-Ray. Yang pastinya bilik nih memang sejuk, masuk dalam nih kaki pun duduk atas kerusi. Apa yang discan adalah bergantung kepada masalah kesihatan kita, sama ada masalah jantung, paru-paru, masalah perut, tiroid, macam-macamlah. Sebelum menjalani rawatan nih jugak kebiasaannya setiap pesakit akan diinterview samaada ada alahan, sakit lain dll, dan diberi makan ubat prednisolone sebanyak 8 biji dan disuruh berpuasa. Saya pun sama, makan 8 biji pukul 12 malam dan 8 biji lagi 2 jam sebelum rawatan. Akibatnya tekak rasa kering sangat. Sebab tuh habis je buat rawatan terus minum air banyak-banyak. Uncle sebelah saya siap cakap lagi, puasa tak bleh makan je, minum bleh. Huhu Senyum je lah..
Cuma bezanya kali nih buat rawatan kena cucuk jugak kat vena di siku untuk masuk ubat semasa buat CT Scan. Yang nih tak semua pesakit kena cucuk. Kena pasang kelonsong jarum. Tapi tak sakit pun, tapi nak buat apa-apa susah melainkan ianya dicucuk pada belakang tangan, senang sikit nak gerakkan tangan. Masa masuk ubat tuh jugak rasa perit sikit sebab ubatnya agak likat. Untuk buat CT Scan nih jugak kita akan disuruh untuk menukar pakaian, tanggalkan barang kemas untuk elakkan iritasi dan radiasi.
Masa berlangsungnya rawatan CT Scan nih jugak hanya kita dan mesin sahaja dalam bilik tuh. Radiologist akan pantau kita dibilik lagi satu, kiranya mereka dapat lihat kita dan berinteraksi dengan kita. Semasa kita disorong masuk dalam mesin CT Scan nih kita akan disuruh untuk menahan nafas selama berapa saat bagi memudahkan image diambil. Sebenarnya tujuan masuk ubat tuh untuk membolehkan image tuh dilihat dengan lebih jelas.
Bagi saya sesi rawatan kali ke 3 nih memang berbeza sebabnya kali nih kena masuk ubat dan semestinya ada tindak balas daripada injection tersebut tapi tak lama beberapa saat minit je. Bila ada “reaction” time nih memang rasa cuak sikit lah, sebabnya ada rasa haba rasa macam terkencing tapi tak pun, lepas tuh panas di dada dan jugak di tekak. Cuma rasa kat tekak tuh agak lama sikit sampai ke hari nih still rasa lain, kalau minum air suam rasa payau sangat, nasib jugak memang amalkan minum sarang burung, so titiskan sikit dalam minuman so bleh minum air macam biasa. So far, selera makan tetap macam biasa..tak terjejas pun
Untuk mengetahui CT Scan nih dengan lebih lanjut, korang bleh baca SINI
~Ujian ini jugak tak digalakkan kepada ibu mengandung risau ada gangguan terhadap bayi.
p/s : bukan minta simpati tapi hanya berkongsi. Esok kita kongsi bagaimana permulaan semua ini.






semoga tabah..
adakah digalakkan minum banyak air selepas proses ini?
yup, memang digalakkan. sebab memang rasa kering sangat. saya dah bleh terima semua nih.
Rawatan CT Scan akan memberikan kesan hidrasi kepada tubuh badan kerana 60% badan kita adalah air. Cecair yang dimasukkan melalui vena dipanggil “dye” untuk memberi imej kontras supaya imej kelihatan jelas.
Secara am ibu mengandung tidak benar melakukan X-ray kerana kesan radiasi di khuatiri menganggu pembentukkan bayi. Oleh demikian ibu yang disyaki mengandung perlu memberitahu kepada pihak hospital supaya dikecualikan.
yup, kali nih memang terasa gila keringnya. rupanya “ubat” tuh dipanggil “dye”. baru saya tau.
semoga tabah..terima kasih atas perkongsian pengalamannya,at least bertambah juga pengetahuan sy.
ok, saya dah boleh terima ujian ini. sama-sama la kita kongsi, sebab pengalaman orang lain pun berbeza.
dear knp u kena buat ujian ni?
sebabnya saya ada cytic bronchietasis, respiratory failure dan jugak cor pulmonari. berkaitan jantung dan jugak paru-paru.
Sy pun tak ikuti sgt.. mgkin terlepas cerita sblm ni.. so nk tanya kenapa kena buat CT scan ni. kamu sakit apa ekk??
saya tak cerita sgt dulu-dulu, sipi-sipi je cerita mana yang berkaitan tapi tak terus terang sebab tak kuat, sekarang dah ok so bleh la kongsi pengalamannya.
kamu kuat eila.. lady pun sakit.. tp x sekuat ini tuk tulis di blog.. sebab hati xleh terima lagi hakikatnya.. eiela.. adakah kite pernah kenal d fb sebelum ni? kwb abg zul yusoff ke?
bukan senang nak terima semua nih,, setahun masanya diambil. dulu dgn skrg jauh sgt bezanya. rasa macam separuh gila dulu. tapi sekarang da ok dah bleh terima. bila difikirkan memang banyak hikmah disebalik ujian nih. a’a sy kwn dia.
bila tengok org sakit mcm2 ni buat kita sedar diri sikit nak jaga kesihatan ..lepas rawatan penyakit eila akan hilang terus ke atau akan ada lagi ?
insyaallah akan hilang, menurut Dr diorang kata agak sukar, sebab memang dah rosak. tapi saya percaya takde penyakit yang takde ubatnya. Tapi kan sekiranya kita tak jaga betul-betul pantang or whatever maybe ia akan datang balik.
lady pernah masuk dalam ni.. tiga jam duk dalam.. lenguh gilew.. huhuhuhu
tempatnya kecik je kan. cuak masuk nih.
eila..
.. awat hang x habaq kenal akak.. isk isk isk..
.. selama ni akak x bertanya depan2 takut ila xleh trm mcm akak xleh trime ksh hdp akak.. hihi.. ape2pun.. truskan ‘bertabah’..
akak br je tanye abg zul tadi..
sebab kisah ila ni mcm pernah didengar.. dan pernah dikenali..
sabar ye ila..
bila kt rs kite susah.. org lain masih ada menderita lebih teruk drp kita..
hehe saya tak dapat nak habaq sbb jrg on fb. rasa lambat loading. boleh je saya dengar, kisah hidup masing-masing tak sama. saya pun tak tau ksh hdp akak.
a’a, ade lagi teruk daripada kita. saya akan terus bersabar, akak pun sama, ok.
klu boleh saya tahu kanser payudara pun mcm nie juga ka cara rawatan dia
saya tak tau, tapi rasanya kena jugak sebab ini lagi bagus daripada xray dan scan biasa.