Ish2, geram jugak nih. Jahatnya manusia nih, Tuhan kurniakan akal untuk berfikir bukan bertindak seperti binatang yang ketiadaan akal. Dikurniakan akal yang waras untuk menilai bukan untuk mengikut telunjuk nafsu syaitan. Agak geram bila baca dan dengar kes yang melibatkan orang-orang yang tak bersalah. Yang bersalah dah tentulah PADAN MUKA, pandai buat jahat, pandailah tanggung. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Nak sorok kat mana kesalahan kita, Yang Esa tuh ada. DIA selalu perhati tindak tanduk kita. Tak cepat lambat balasannya kita tetap dapat juga bahagian kita. Memang geram la especially bila ianya melibatkan orang yang kita kenal. Si pelaku dan mangsanya memang kenal.
Si mangsa memang kanak-kanak OKU dan agak rapat masa saya duduk dengan makngah dulu. Ada yang OKU, normal dan jugak kanak-kanak lembam. Adik nih seorang yang periang dan suka berceloteh. Penat melayan budak-budak nih, banyak tanya. Makngah berkedai, so bila duduk kat luar tuh budak-budak nih datang mendekat dok sembang-sembang salah sorangnya adik nih. Hilang sikit kebosanan duduk sana. Tapi tak bleh duduk lama situ sebab pengudaraan kat sana tak berapa bagus untuk kesihatan, luar dan dalam berasap. Bila dengar berita dari makngah sedih jugak, remuknya hati mak dia. Anak yang disayangi dirosakkan oleh manusia bertopengkan syaitan. Nasib baik juga budak nih cerdik, hingga tertangkapnya pelaku. Sakit hati pun ada jugak.






Bila syaitan bermaharajalela dalamhati itulah jadinya. Cuma sedihnya yg jadi mangsa tu OKU. Kesian sebab dahlah OKU diperlakukan begitu..
tuh la dia, saya tak bleh bayangkan muka comel budak tuh.
Aduhai tidak patut betul ambil kesempatan keatas kekurangan orang lain. Lebih-lebih lagi yang boleh meragut masa hadapan dan maruah seseorang.
memang tak patut, biarpun dia budak-budak tapi diorang ada hati dan perasaan jugak, bila dia dah faham segalanya apa yang dia rasa time tu bila dah besar nanti.
sedihnya..!
tak perikemanusiaan langsung org tu..
tu orang kata..kalo orang lain naik nafsu sebab tgk org2 sexy kt pasar raya, bukan org sexy tu kene rogol..tapi golongan2 yg kurang upaya ni jadi mangsa.. -__-
tak tau plak, tapi tu la dia tuh dah berkahwin yang dia p kacau anak orang buat apa. geram juga saya fikir.
Bila dah gelap akal fikiran
Apa je pun boleh berlaku
Memang tak dapat kita nak fikir lagi
Memang tak patut sangat
betul tuh, luar fikiran manusia.
Jahat betul .. geram lah ..malas sambung kang mencarut2 lak
jangan sambung kak, bahaya nanti.
subhanalllahh.. mmg kanak2 skang tak selamat… ehhh bkn kanak2 jer.. semua laa tak selamat dari budak smpai ke orang tua pun tak selamat…
a’a zmn skrg dh mcm2 bleh jadi. dah tak selamat dah.