![]() |
| sumber : Berita Harian |
First of all, saya ingin mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Malaysia kerana berjaya menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Naional Bukit Jalil malam tadi. Pada permulaan separuh masa pertama tiada gol masuk di gawang gol kedua-dua pasukan, membuatkan saya pun takde mood nak tengok tv. Tapi tak lama kemudian satu demi satu gol berjaya berjaya disumbatkan oleh Mohd Safee Sali dan juga Mohd Ashari Samsudin. Akhirnya Malaysia memperoleh 3 gol kesemuanya sekaligus menang 3 – 0 ke atas Indonesia. Kemenangan malam tadi sudah pastinya ia menjadi satu kebanggaan bagi pasukan bola sepak Malaysia dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia secara umumnya kan. Harapan saya semoga Malaysia turut berpeluang untuk menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama nanti.
Saya bukan nak ulas banyak sangat pasal perlawanan bola nih, tapi ade cerita lain disebaliknya mengenai ketaksuban terhadap perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi. Ade cerita lagi hebat disebaliknya, iaitu malam tadi masjid di sini kosong tanpa penghuninya. Gelap gelita tanpa sebarang sinaran lampu hanya sinaran lampu jalan je menerangi halaman masjid. Bukan sahaja ahli masjid yakni jemaah malah imam pun tak nampak batang hidung. Difahamkan jemaah ada yang berkunjung ke sana tetapi berpatah balik ke rumahnya disebabkan hal ini. Begitu kuatnya pengaruh bola nih kan terhadap para peminatnya. Sampai macam tu sekali.. =)






salam..
alahai..ada ke sampai
begitu..?
dari satu sisi, sukan sememangnya adalah senjata yahudi untuk melemahkan umat islam.
tapi nak cakap pak imam ikut tengok bola tu..hmm tah la..imam moden..
Zulkbo ~> wsalam..
haha itulah realitinya,,imam peminat bola sepak.
Abg Reds ~> hmm moden tak moden sangat la.
imam masjid yang dilantik dan menerima elaun
sepatutnya sentiasa ada untuk solat berjamaah
Betul. Tapi di sini lain plak jadinya. Semalam kedua-dua imam ghaib.
Pergh ~ Sadis, patut sembahyang dulu.. ini bola dulu.. Sabah awal Isyak.. jadi xleh kesan.. hehe..
Tuh la, kejadian semalam benar-benar membuka mata. hope diorang lebih peka dengan hal nih. menjadi imam bukan tugas yang mudah tapi teladan yang dibawa tuh penting especially untuk generasi muda sekarang nih.
adoi.. boleh pulak macam tu.. lepasni harap ad ayang lebih peka..
http://neizalyez.blogspot.com/2010/12/5-kelebihan-seorang-blogger.html
mudah-mudahan macam tu la.