Emosional Kerana Nadirah

source : ezany-kun.com

Hangatnya kisah adik Nadirah atau Dirang sekarang kan? Kisah budak hilang dan kemudiannya di bunuh, dibakar dengan kejam. Sana sini orang bercerita kisah budak malang nih dengan penuh emosi. Kejamnya pembunuh tuh, ape la dosa budak berumur 5 tahun tuh kepada dia. Moga-moga adik tuh tenang di sisiNya.  Saya tak nak cerita panjang-panjang kisah adik Nadirah nih tapi nak cerita tadi masa saya temankan adik bongsu si kakcik beli barang sekolah dia, pemandu yang membawa kitorang terlebih plak emosionalnya bercerita pasal adik nih. Dia yang memulakan cerita tu dulu awalnya. Memang dia nampak marah la, tiap kali dia geram tiap kali tuh jugak dia menekan minyak.

Mentang-mentang la jalan agak lengang. Kecut jugak perut dibuatnya. Memang la takde siapa yang boleh gelak-gelak bila baca kisah budak yang di bunuh dengan kejam tuh tapi sebagai pemandu yang bawa orang lain dia kena juga kawal emosinya sikit, lagipun tengah memandu. Kalau tak sayang nyawa diri sendiri nyawa orang lain ada lagi. Sebagai pemandu kena ingat juga keselamatan penumpang lain, tak boleh nak abaikan keselamatan mereka. Kena juga fikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Nasib juga masa balik tadi dia takde, kalau ada, saya memang tak nak naik dah. Seriau kata orang mana ntah.

22 Comments

  1. gadisbunga says:

    tapi sape2 pun boleh jadi emosional kalau bercerita pasal adik dirang ni.

    cuma mungkin pakcik tu tak kena tempatlah nak emo pon~

  2. akubiomed says:

    Marah tekan minyak bahaya kepada penyawa penumpang.

  3. Kakzakie says:

    Nilai kemanusiaan kian luntur… moga kita tidak cuai atas kejadian seperti ini…

  4. tehr says:

    Wah, sampai macan tu jadinya
    Agaknya kalau jumpa la pembunuh tu, mahu je dilanggar yengan kereta
    Takziah kepada keluarga mangsa

  5. MUNNA says:

    kak munna pun emosional .. bila baca kisah arwah Dirang ni… lagi2 bila ada anak yg hampir sebaya dengan arwah

  6. LadyBird says:

    akak baru th kisah ni time akak bc surat kobar pg td..
    kejam giler pembunuh tu..

  7. sw33tdarling says:

    membawa kenderaan pun boleh digelar pembunuh kalau tersalah perhitungan… hehehehe

  8. iza says:

    Assalam..
    Bahaya juga kalau bawa kereta tengah marah…

  9. hafizmd says:

    Mmg emosional ngn berita2 sedih camni. Nak2 lagi yg kena tu budak2. Mmg kejam lbih dari binatang!

    Pakcik tu agaknye baru dapat mood nak lepas sedih…tp tak sedar tekan minyak lebih2….kalau lain kali ternaik van ni, kena tegur pak cik tu… =)

  10. titan says:

    ingatkan siapa yang emosi sangat tadi..

  11. Mekar says:

    pakcik tu xleh kawal perasaan. susah gak jadi gitu. Takziah kepada keluarga arwah Dirang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *