Pertandingan Earncent Review 2011

 

Wah, kali nih saya nak sertai pertandingan review earncent plak. Bukan setakat review je, hadiah pengomen terbanyak pun ada jugak tau. Mesti ada antara korang semua yang tau pasal blog earncern yang dimiliki oleh titan atau ahmad faizal nih kan?. Dari nama domain yang digunakan iaitu earncent.com je dah tau dah blog nih untuk apa. Bleh kata hari-hari update pasal duit je, geleng kepala je la masuk sana. Huhu janji setiap orang ada matlamat dan happy dengan blog masing-masing. Yang pastinya dalam setiap artikel dia mesti ada perkataan kacak dan jugak unsur ‘humour’ dalam penulisan dia yang mungkin bertujuan untuk merapatkan hubungan mesra dengan pembaca blog.

Yang penting, dia tak kedekut ilmu pun, banyak yang dikongsi dalam blog tuh especially macam mana nak buat duit dengan blog, tips –tips berblog, pandangan tentang dunia blogger dan sedikit review mengenai produk yang dia promosikan. Macam-macam info ada. Kalau baca entri titan nih memang best, walaupun panjang tapi korang tetap akan baca sampai habis sebab dia tau bagaimana untuk membuatkan orang terus membaca penulisannya sampai habis.

Tak ramai blogger yang mempunyai skill macam nih, sebab selalunya kalau artikel tuh panjang-panjang korang tentu akan segera menekan butang pangkah, tak pun terus ke kotak komen memberikan komen, last-last terjerat kat situ dapat ditangkap sebab tak baca sampai habis. Yang nih berlaku bila blogger tuh membuat sedikit ‘twist’ di mana-mana bahagian dalam artikel dia tuh .

So kalau korang rasa nak serius berblog, serius nak belajar buat duit dengan blog bolehlah belajar dengan titan nih, sekadar suka-suka pun kalau dapat menjana sikit-sikit pun ok jugak kan. Sebab sentiasalah percaya , sikit-sikit lama-lama jadi bukit. =) Apa yang penting ialah kita pandai dalam mencari ruang dan jugak peluang.

Pertandingan Earncent Review 2011 ini dianjurkan oleh Earncent.com dan AhmadFaizal.com. Hadiah ditaja oleh Titan, PanduanTNX.com, Blog Kari-Ngeri.com, AnakDunia dan Ohcikgu.com

11 Comments

  1. akubiomed says:

    Tidak boleh lawan kemahiran beliau mengunakan blog untuk menjana duit. Semoga berjaya “All the best”

  2. Juan says:

    blog dia memang duit asik masuk jer, best tu, kerja dapat duit, online pon dapat duit, respek sama dia, memang kacak betul lah

  3. adele says:

    salam..gudluck eila.. :D

  4. Sya Isya says:

    entri memang berjela, tp boleh buat pembaca senyum2 kambing :D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *