Buat Duit Dengan Menjahit

Assalamualaikum.. Lamanya saya mendiamkan diri. Rasanya tuh bukan suatu perkara yang baru, biasa la tuh kan. Agak sibuk sikit beberapa hari nih. Alhamdulillah hari nih bleh menarik nafas lega sedikit. Boleh rehat sekejap sementara mulakan kerja balik. Hari nih saya nak kongsi pasal buat duit dengan menjahit plak. Boleh ke kita buat duit dengan menjahit ekh? Memang boleh dan tiada yang mustahil pun. Kita boleh buat duit dengan menjahit dan boleh menjana pendapatan dengan menjahit dari rumah. Lagipun sekarang dah menjadi trend orang sekarang buat duit dari rumah.

Bermula dari hobi menjahit dan seterusnya menjana pendapatan dengan menjahit. Malah ada yang sanggup melepaskan jawatan kerana sambutan yang diberikan menggalakkan. Tambahan pula macam-macam gaya pakaian dipasaran. Yang terbaru tudung dan juga baju yang beropol-ropol. Malah di pasaran juga baju kanak-kanak juga lebih mahal harganya berbanding baju orang dewasa. Actually saya juga salah seorang yang buat duit dengan menjahit di rumah bekerjasama dengan anak buah sendiri dan saya lebih kepada jahitan tangan. Untuk belajar menjahit baju kurung ia bukanlah suatu perkara yang susah dan bukanlah suatu perkara yang mudah. Hanya memerlukan sedikit kesungguhan dan sedikit kesabaran sahaja.

Yup, diakui menjahit boleh melatih diri untuk bersabar. Sebab kalau tak sabar memang kerja tak jadi dan kebarangkalian untuk pelanggan datang lagi mencari kita adalah rendah. Bagi individu yang mengambil tempahan jahitan baju kurung plak sememangnya ia suatu yang menguntungkan. Sebab tempahan baju kurung biasanya tak pernah surut, sepanjang masa ada sahaja tempahannya. Tak terhad kepada musim perayaan semata-mata, malah baju kurung ditempah untuk majlis kenduri kahwin, majlis korporat dan juga untuk musim persekolahan, menjahit baju sekolah.

Bagi keluarga yang mempunyai bilangan anak perempuan yang ramai dapat menjahit baju sekolah untuk anak-anak sendiri pun dah menguntungkan boleh jimat wang. Kualiti pun terjamin. Sebab kita lebih yakin dan puas hati dari segi kualiti jahitannya. Bagi sesiapa yang berminat untuk belajar menjahit di SINI ada panduan yang sangat berguna yang boleh digunakan sebagai langkah pertama untuk korang belajar menjahit. Mereka yang tiada asas menjahit pun boleh belajar menjahit juga kat SINI. So apa lagi jom menjahit..

 

 

16 Comments

  1. akubiomed says:

    Ada kemahiran menjahit boleh cari duit kerana tidak ramai yang berkebolehan menjahit dan tidak ramai.

  2. Daddydee says:

    menjahit memang boleh buat duit…nak nak musim nak raya ni…hehehe…

  3. tehr says:

    sekarang ni tukang jahit memng tak menang tangan
    berlambak baju raya yang nak disiapkan

  4. suri says:

    baju jual baju…hee nak raya ni heee

  5. cik tom says:

    teringin nak belajar menjahit..

  6. puanbee says:

    akk memang bercita2 nak belajar menjahit , tp tak tau bila

  7. irsah says:

    Asas menjahit tu boleh.. tapi teknik kehalusan jahitan tuh susah nak dapat. Tapi dah lama tuh, mesti dapat tips2 dari expert kan?

    • eiela says:

      ada asas pun takpe dah dpt jahit seluar koyak pun kira ok dah. teknik tuh kena selalu buat baru kemas dan kena sabar. kalau tak sabar tuh yg jahitannya jarang2. lagipun utamakan pelanggan sbb itu dah kerja kita. buat sehabis baik mcm buat utk diri sendiri.

  8. Zida says:

    kitorang family belah mak semua pandai jahit2 ni, memang ada gene menjahit tapi bila dah sampai tang anak-anak cousin2 semua, alamak dah terkurang sikit seni menjahit ni, rasa nak belajar tapi cam takde masa je. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *